suria

Linkin Park kembali Ke Malaysia Selepas 10 Tahun

Linkin Park.
Linkin Park.
Linkin Park.

PETALING JAYA: Selepas hampir sedekad mengadakan konsert di Malaysia, kumpulan metal, Linkin Park bakal kembali beraksi bersempena konsert jelajah dunia ‘Living Things’ yang bakal diadakan pada 19 Ogos depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8 malam.

Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave 'Phoenix' Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini turut berjaya menjual album mereka lebih 50 juta unit di seluruh dunia dan menjadi kumpulan muzik terbesar di Facebook apabila berjaya mengumpul seramai 53 juta peminat.

Jumlah itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa. Apabila mereka melahirkan album pertama berjudul Hybrid Theory, 13 tahun lalu, Linkin Park mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama yang mempunyai 10 single yang berjaya mendaki carta popular stesen radio Alternatif di Amerika Syarikat.

Kini dengan terhasilnya album terbaru berjudul Living Things Linkin Park sekali lagi membuktikan mereka lebih hebat daripada kumpulan lain abad ini apabila album terbaru itu mencapai jualan nombor satu di lebih 20 buah negara.

Kecemerlangan kumpulan yang terkenal dengan lagu In The End, Numb dan Somewhere I Belong ini bukan saja dari segi muzik tetapi juga dari segi kerja amal yang dilakukan.

Pada tahun 2005, Linkin Park menubuhkan Music For Relief 501 iaitu sebuah organisasi bukan Organisasi itu berjaya mengutip lebih lebih lima juta dolar dan kutipan itu akan diagihkan kepada mangsa bencana alam dan projek alam sekitar.

Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 "Living Things" ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara.

Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.

Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 untuk kategori VIP.

Bagi mereka yang membeli lebih awal iaitu sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan, diskaun sebanyak 10 % akan diberikan kepada mereka.

Mereka yang berminat boleh melayari laman www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus.

Artikel Berikut

Artikel Lain