suria

Bekas Aggota Dewa, Once Selesa Bergerak Solo

Once lebih bebas berkarya dalam menghasilkan lagu-lagunya sendiri tanpa campur tangan orang lain. Foto Zulkarnain Roslan
Once  lebih bebas berkarya dalam menghasilkan lagu-lagunya sendiri tanpa campur tangan orang lain. Foto Zulkarnain Roslan
Once lebih bebas berkarya dalam menghasilkan lagu-lagunya sendiri tanpa campur tangan orang lain. Foto Zulkarnain Roslan

KUALA LUMPUR: Penyanyi Once Mekel, 43, merasakan lebih mudah bergerak secara solo berbanding ketika dia berada dalam sebuah kumpulan muzik.

Once yang juga bekas ahli kumpulan Dewa ini berkata, dia kini lebih bebas berkarya dalam menghasilkan lagu-lagunya sendiri tanpa campur tangan orang lain.

"Ya... Lebih mudah bergerak sendiri daripada dalam kumpulan. Saya juga mahu buat projek saya sendiri tanpa terikat dengan kumpulan.

"Lagi pula kebanyakan ahli-ahli Dewa sudah ada projek mereka sendiri. Bagi saya mengambil haluan sendiri ini perkara normal untuk kehidupan lebih baik," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya dan single kedua I Still Love You, di sini, Isnin.

Bagaimanapun, Once yang keluar dari kumpulan Dewa pada 2011 itu tidak berharap untuk menjadi setaraf dengan kumpulan tersebut.

"Saya tidak mengimpikan untuk jadi sebesar Dewa, saya hanya mahu biasa-biasa sahaja dan berkarya secara lebih santai," ujarnya.

Jelas Once, biarpun sudah tidak bersama kumpulan tersebut namun dia masih mempunyai hubungan baik dan mungkin akan bekerjasama dengan Dewa pada masa akan datang.

Ditanya tentang artis Malaysia, Once berkata dia mengimpikan untuk bekerjasama dengan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza jika diberi peluang.

"Saya pernah berduet dengan Datuk Siti di Indonesia dalam sebuah konsert ketika bersama Dewa. Dia seorang penyanyi yang hebat.

"Selain itu saya turut mengagumi Amy (Search) namun genre muzik kami berbeza jika untuk bekerjasama," katanya.

Dalam album pertama Once terdapat sebanyak 10 buah lagu termasuk enam buah lagu baru ciptaannya.

Antara lagu popular seperti Dealova, Hilang Naluri, I Still Love You, Aku Mahu dan Hidup ini.

Album ini sudah berada di pasaran pada Oktober tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain