suria

Emma Watson, Andrew Garfield Mesra Di Lokasi

Emma Watson dan Andrew Garfield
Emma Watson dan Andrew Garfield
Emma Watson dan Andrew Garfield

MELAKONKAN adegan romantik kadangkala satu perkara yang janggal bagi segelintir pelakon, namun sebaliknya menjadi perkara paling bahagia jika ia dilakonkan dengan pasangan sendiri.

Pasangan selebriti Emma Watson dan Andrew Garfield yang sedang menjalani penggambaran filem The Amazing Spiderman 2 dikatakan mudah melakukan babak romantik.

Melalui gambar-gambar yang diambil, memperlihatkan Andrew melepaskan kostum Spiderman dan bersantai dengan kekasihnya Emma yang memegang watak Gwen Stacey dalam filem tersebut.

Gambar yang diambil ketika penggambaran di Corlears Hook Park, New York City pada 2 Jun lalu itu menyaksikan aksi-aksi romantik pasangan berkenaan ketika di luar waktu penggambaran.

Selain pasangan tersebut, pelakon Stan Lee turut tampil sebagai artis undangan.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Lain