suria

Album Terbaharu Khadijah Ibrahim Kekal Konsep Balada

Khadijah akan mengekalkan genre muzik balada untuk album mini terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan.
Khadijah akan mengekalkan genre muzik balada untuk album mini terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan.
Khadijah akan mengekalkan genre muzik balada untuk album mini terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan.

PETALING JAYA: Penyanyi ‘evergreen’ Datuk Khadijah Ibrahim tidak mahu mengikut trend tertentu muzik bagi menghasilkan album terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan.

Khadijah, 53, atau lebih selesa dengan panggilan Khaty berkata, beliau yakin muzik balada yang sinonim dengannya mampu menarik hati peminat setianya dan pendengar secara keseluruhan.

"Bukan menentang dengan peredaran muzik semasa tetapi saya selesa dengan konsep balada yang telah lama saya bawa.

"Tambahan pula genre berkenaan tidak pernah lapuk dan sentiasa dekat di hati pendengar," jelasnya ketika ditemui mStar Online.

Khaty memberitahu album mini itu akan memuatkan lima buah lagu dan beliau akan melancarkan ‘single’ pertamanya berjudul Kurnia Baiduri dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Khaty berkata, jadualnya sangat ketat dengan pelbagai undangan nyanyian walaupun sudah lama tidak muncul dengan buah tangan terbaharu.

Jelas Khaty, dalam masa terdekat beliau akan menjayakan beberapa persembahan di Singapura, program Citrawarna 1 Malaysia pada 18 Mei ini dan bakal berkongsi pentas dengan Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid menerusi Malam Amal Bersama Tiga Diva bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor pada 12 Jun depan.

"Alhamdulillah rezeki masih tidak putus dan pelbagai undangan yang diterima. Selagi bakat diperlukan saya akan terus menyanyi," katanya.

Tambah Khaty, beliau juga sedang berfikir untuk menerima pelawaan daripada pihak pengurusan Esplanade, Singapura yang mahu menganjurkan konsert solonya di lokasi berprestij itu.

"Satu penghormatan buat diri saya untuk mengadakan persembahan di Esplanade tetapi masih belum buat keputusan muktamad kerana perlu memikirkan pelbagai faktor sebelum bersetuju," jelasnya.

Katanya, jika semua perancangan berjalan lancar beliau dijangka akan muncul di pentas itu pada Oktober depan.

Artikel Lain