suria

ALBUM BARU: 'The Best of Malaysia' Himpunan Lagu Hit Terbaharu

ALBUM: The Best of Malaysia

ARTIS: Variasi

EDARAN: Warner Music Malaysia

BAGI mereka yang menggemari karya terbaik paling terkini pasti akan teruja untuk mendapatkan kompilasi lagu-lagu kegemaran ramai menerusi album The Best of Malaysia.

Pelbagai lagu hit telah disusun oleh pihak Warner Music Malaysia pada album ini dengan menampilkan sebanyak 15 buah lagu.

Lagu yang telah menakluki carta-carta radio selama berbulan-bulan lamanya turut boleh didengari melalui album ini seperti Teman Pengganti (Black & Malique), Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta (Awi rafael), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Isabella (Joe Flizzow dan Amy Search), Zakiah (Jinbara) serta Derita Merindu (Ahli Fiqir).

Menariknya, The Best of Malaysia menampilkan beberapa lagu yang hanya boleh didapati menerusi album ini seperti lagu Begini Caranya (Shaheizy Sam & Yana Shamsudin), Bawaku Pergi (Zizan & Kaka) serta Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz).

Kesemua lagu tersebut merupakan juara carta mingguan dan juga merupakan lagu-lagu yang meraih jumlah muat turut yang paling banyak.

Walaupun himpunan artis dan lagu yang dipilih untuk album kompilasi ini, pernah terdapat pada kompilasi album lain, itu bukanlah penghalang untuk para peminat memilikinya.

Lagu-lagu lain termasuklah Kotak Hati (Hujan), Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq) dan Fobia Cinta (Nashrin).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain