suria

Anak Madonna Bercinta Dengan Pelakon

Lourdes dan Timothee belajar di sekolah sama.
Lourdes dan Timothee belajar di sekolah sama.
Lourdes dan Timothee belajar di sekolah sama.

ANAK kepada penyanyi Madonna, Lourdes Leon, 16, dilaporkan sedang bercinta dengan pelakon drama bersiri popular, Homeland iaitu Timothee chalamet.

Portal NY Post melaporkan, pasangan itu bertemu di Sekolah Tinggi Fiorello H. LaGuardia dan belajar di dalam kelas yang sama.

"Semua orang di sekolah mengetahui mengenai perkara itu tambahan pula mereka berada dalam kelas sama," menurut sumber kepada portal itu.

Chalamet, 16, melakonkan watak anak kepada naib presiden William Walden dalam siri yang pernah memenangi anugerah Golden Globe tahun lalu.

Bapa Lourdes, Carlos Leon bagaimanapun pernah memberitahu tidak bersedia untuk melihat anak gadisnya itu mempunyai kekasih dan akan sentiasa mempertahankannya.

"Belum masanya lagi kerana dia sentiasa anak kecil saya tetapi apabila masa itu tiba saya bersedia untuk bersemuka dengan lelaki tersebut dan dia perlu berani berhadapan dengan saya," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain