suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Jual Aksesori Untuk Bina Sekolah

Angelina Jolie
Angelina Jolie
Angelina Jolie

SEBAGAI duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Angelina Jolie berhasrat untuk mendirikan sebuah sekolah khas wanita di Afghanistan.

Menurut laporan portal E!Online, Jolie akan melelong beberapa aksesori miliknya untuk merealisasikan pembangunan sekolah yang bertempat di kota Kabul itu.

"Saya harap ada yang meletakkan harga yang berpatutan kerana ia demi kanak-kanak wanita di sana (Kabul). Ia juga merupakan perhiasan yang sangat unik dan artistik," katanya.

Tambah Jolie, dia juga akan membangunkan lebih banyak sekolah-sekolah di negara tersebut.

Sekolah yang bakal dibangunkan itu akan disertai seramai 200-300 pelajar wanita.

Pembangunan sekolah khas wanita itu adalah untuk memecahkan diskriminasi pendidikan terhadap kaum itu.

Sehingga kini, masyarakat Kabul masih mempunyai fahaman tradisional bahawa hanya lelaki sahaja yang dibenarkan untuk bersekolah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain