Tony Fernandes Sebak Pecat Peserta 'The Apprentice Asia'

Tony Fernandes jadi hos The Apprentice Asia. Foto SHAARI CHEMAT
Tony Fernandes jadi hos The Apprentice Asia. Foto SHAARI CHEMAT
Tony Fernandes jadi hos The Apprentice Asia. Foto SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes mengaku jiwanya sebak apabila terpaksa memecat peserta menerusi program realiti The Apprentice Asia yang dihoskannya.

Tony atau nama sebenarnya Anthony Francis Fernandes, 49, yang merupakan hos edisi Asia itu berkata, pengalaman memecat peserta dalam program realiti itu sangat berbeza berbanding memecat pekerja di syarikatnya lebih-lebih lagi apabila melihat kesungguhan dan kegigihan peserta dalam mengejar kemenangan.

"Tidak sangka, memecat peserta-peserta dalam ‘Apprentice’ adalah tanggungjawab yang paling sukar dilaksanakan dalam mencari pemenang untuk program ini.

"Memecat peserta yang mengharapkan kemenangan membuatkan saya tidak tenang dan resah sepanjang malam apabila memikirkannya," kata beliau.

Tony ditemui pada majlis pelancaran The Apprentice Asia di Hotel Hilton Kuala Lumpur (KL) di sini pada Isnin.

The Apprentice Asia merupakan program francais The Apprentice terbitan Mark Burnett Productions yang menghimpunkan peserta eksekutif perniagaan dari pelbagai industri dan negara di rantau Asia.

Menerusi program tersebut yang dijangka akan disiarkan pada Mei depan, para peserta atau lebih dikenali sebagai perantis akan disingkirkan oleh Tony dan hanya seorang pemenang akan diumumkan.

Beritahu Tony, pengalaman sebagai hos program tersebut benar-benar mencabar dan pada masa sama beliau kagum apabila melihat para peserta yang mempunyai daya pemikiran yang sangat kreatif dalam membangunkan sesebuah perniagaan.

"Selain memecat para peserta, saya turut diarahkan melakukan sesuatu yang agak menyukarkan iaitu unsur-unsur drama yang diwujudkan. Saya lebih sukakan kerja yang mudah tanpa drama.

"Tetapi rasanya, elemen drama dalam program itu tidak perlu diwujudkan kerana para peserta dengan sendirinya menghasilkan drama mereka sendiri. Apa yang mereka lakukan sangat bagus dan kreatif dalam membangunkan perniagaan masing-masing," ujarnya.

The Apprentice mula menjadi popular selepas kemunculan sulung program berkenaan pada 2004 di Amerika Syarikat dengan jutawan Donald Trump sebagai hos dan pengeluar eksekutif bersama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain