suria

Anne Hathaway Mohon Maaf Tidak Pakai Baju Valentino

Anne meminta maaf kepada pereka fesyen, Valentino kerana tidak memakai pakaian rekaannya pada Anugerah Oscar baru-baru ini.

AKTRES Anne Hathaway telah memohon maaf kepada Valentino kerana tidak memakai pakaian yang telah direka khas oleh pereka fesyen terkenal itu semasa Anugerah Oscar baru-baru ini.

Hathaway, 30, yang merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonan mantapnya dalam Les Miserables sebaliknya menggayakan busana berwarna merah jambu rekaan Prada pada majlis karpet merah.

"Saya diberitahu ada sepasang baju yang seakan-akan sama dengan rekaan Valentino akan dipakai semasa Oscar dan untuk mengelakkan sebarang pertembungan fesyen saya mengambil keputusan untuk memakai rekaan Prada," katanya kepada People.com.

Bagaimanapun kata Hathaway, dia tidak berniat untuk melukai hati Valentino memandangkan hubungan rapat yang terjalin di antara mereka. Dia juga kesal jika kejadian tersebut telah membuatkan rakannya itu berkecil hati.

"Saya sukakan baju yang direka oleh Valentino dan ia adalah keputusan yang sukar. Bagaimanapun saya sedang menunggu peluang sesuai untuk menggayakan pakaian itu di majlis lain," jelasnya lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain