suria

'Bunohan' & 'Songlap' Terima Pencalonan Tertinggi FFM25

Antara artis yang tersenarai dalam lima terbaik FFM25 serta mereka yang terlibat dalam penganjuran kali ini.
Antara artis yang tersenarai dalam lima terbaik FFM25 serta mereka yang terlibat dalam penganjuran kali ini.
Antara artis yang tersenarai dalam lima terbaik FFM25 serta mereka yang terlibat dalam penganjuran kali ini.

KUALA LUMPUR: Dua buah filem iaitu Bunohan dan Songlap akan berentap dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25) apabila mendapat pencalonan terbanyak pada acara itu kali ini.

Songlap menerima 15 pencalonan iaitu masing-masing enam pada anugerah Cipta manakala sembilan untuk Anugerah Perdana.

Filem Bunohan terbitan Apparat Sdn Bhd pula memperoleh 13 pencalonan iaitu lima bagi Anugerah Cipta manakala lapan bagi kategori dalam Anugerah Perdana.

Malam Anugerah Cipta FFM25 yang menyenaraikan 11 kategori akan berlangsung pada 27 Februari ini di e@curve, Damansara dekat sini manakala acara kemuncak Anugerah Perdana (12 kategori) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 Mac depan.

Kedua-dua filem itu turut berentap menerusi kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik yang mempertaruhkan Faizal Hussein (Bunohan) dan Shaheizy Sam (Songlap).

Filem tersebut juga turut tersenarai untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik masing-masing Dian Said (Bunohan) serta Effendee Mazlan & Fariza Azlina Ishak (Songlap).

Pengumuman lima terbaik pencalonan FFM25 pada tahun ini dilakukan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan yang diadakan di agensi itu pada Selasa.

Turut Hadir Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.

Sementara itu Md Afendi berkata, pada tahun ini pihaknya menerima penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 59 buah karya berbanding 47 pada tahun lalu bagi filem cereka termasuk kategori filem bukan bahasa Melayu.

Karya-karya yang layak berbanding adalah filem-filem yang telah ditayangkan dari 27 Oktober 2011 sehingga 30 Oktober 2012.

“Untuk memastikan ketelusan, kesemua keputusan akhir oleh pihak juri telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara untuk pengiraan skor dan pengesahan muktamad,” katanya.

FFM25 kali ini bertemakan Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas sempena 25 tahun sambutan jubli emas penganjurannya.

Ia turut mencipta sejarah apabila acara kemuncaknya bakal disiarkan ke tiga saluran televisyen iaitu RTM2, Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134).

FFM25 bakal membariskan pelakon Erra Fazira dan Fahrin Ahmad sebagai pengacara.

Berikut ini tujuh daripada 12 kategori Anugerah Perdana yang tersenarai dalam lima terbaik FFM25. Malam kemuncak anugerah ini akan di adakan pada 2 Mac 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.

CERITA ASAL TERBAIK

1. Bunohan (Dain Said)

2. Songlap (Fariza Azlina Ishak)

3. Misteri Jalan Lima (Afdlin Shauki)

4. Hantu Gangster (Namawee, Freed Chong & Vivi Wee)

5. 8 Jam (Loh Chung Tat)

LAKON TV TERBAIK

1. Bunohan (Dain Said)

2. Songlap (Fariza Azlina Ishak)

3. 29 Februari (Edry Abdul Halim)

4. Seefood (Goh Aun Hoe)

5. Untuk Tiga Hari (Afdlin Shauki)

SINEMATOGRAFI TERBAIK

1. Songlap (Haris Hue Abdullah)

2. 29 Februari (Mohd Noor Mohd Kassim)

3. Misteri Jalan Lama (Mohd Helmi Mohd Yusof)

4. Hoore! Hoore! (Mohd Noor Mohd Kassim

5. Ombak Rindu (Khalid Zakaria)

PELAKON WANITA TERBAIK

1. Maya Karin - Ombak Rindu

2. Nadiya Nisaa - Jiwa Taiko

3. Vanidah Imran - Untuk Tiga Hari

4. Sara Ali - Songlap

5. Farah Nazirah - Hoore! Hoore!

PELAKON LELAKI TERBAIK

1. Faizal Hussein - Bunohan

2. Shaheizy Sam - Songlap

3. Pekin Ibrahim - Bunohan

4. Shaheizy Sam - Sam

5. Zahiril Adzim - Bunohan

PENGARAH FILEM TERBAIK

1. Dain Said - Bunohan

2. Effendee Mazlan & Fazira Azlina Ishak - Songlap

3. Osman Ali - Ombak Rindu

4. Syafiq Yusof - Sam

5. Saw Teong Hin - Hoore! Hoore!

FILEM TERBAIK

1. Bunohan (Apparat Sdn Bhd)

2. Songlap (Grand Briliannce Sdn Bhd)

3. Ombak Rindu (Astro Shaw / Tarantella Pictures)

4. Sam (Skop Productions)

5. 29 Februari (KRU Studio)

Berikut ini lima daripada 11 Anugerah Cipta FFM25 yang tersenarai dalam lima terbaik. Anugerah ini bakal diadakan pada 27 Februari 2013 di e@Curve Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

PELAKON HARAPAN WANITA

1. Farah Nazirah - Hoore! Hoore!

2. Jojo Goh - 29 Februari3. Neelofa - Azura

4. Shima Anuar - Sumpahan Kum Kum

5. Mon Ryanti - Keramat

PELAKON HARAPAN LELAKI

1. Shahrizal Jaszle - Azura

2. Izzue Islam - 29 Februari

3. Hazami Azmi - Apa Celop Toq

4. Akim Ahmad - Hoore! Hoore!

5. Iedil Putera - Ngorat

PELAKON PEMBANTU WANITA

1. Normah Damanhuri - Songlap

2. Fauziah Nawi - Hoore! Hoore!

3. Lisa Surihani - Ombak Rindu

4. Nabila Huda - Jalan Kembali

5. Lana Nordin - Chow Kit P

PELAKON PEMBANTU LELAKI

1. Husyairi Husain - Bunohan

2. Syafie Naswip - Songlap

3. Amerul Affendi - Bunohan

4. Bront Palarea - Jiwa Taiko

5. Omar Abdullah - Songlap

PENGARAH HARAPAN

1. Syafiq Yusof - Sam

2. Goh Aun Hoe - Seefood

3. Ghaz Abu Bakar - Hantu Kapcai

4. Nizam Zakaria - Cinta Kura-Kura

5. Tee Bee - Kepong Gangster

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain