suria

Roslan Shah Akui Lebih 'Macho' Berimej Botak

Menurut Roslan ini adalah kali pertama dia membotakkan kepalanya dan akan mengekalkan imej tersebut.
Menurut Roslan ini adalah kali pertama dia membotakkan kepalanya dan akan mengekalkan imej tersebut.
Menurut Roslan ini adalah kali pertama dia membotakkan kepalanya dan akan mengekalkan imej tersebut.

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Roslan Shah mengakui berasa lebih 'macho' selepas menukar imej rambutnya kepada botak baru-baru ini.

Roslan, 42, berkata, imej terbaru itu dilakukan selepas bernazar bersempena hari lahirnya pada 17 November lalu dan kali pertama dia membotakkan kepalanya.

"Dengan imej botak ini selain rasa lebih segar dan nampak muda, saya rasa lebih 'macho' sikit.

"Memang saya sudah bernazar apabila menyambut ulang tahun ke 42 saya ingin membotakkan kepala dan saya mula sukakan imej ini," jelasnya.

Roslan ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran Fear Factor Selebriti Malaysia pada Isnin.

Tambah Roslan, dia akan mengekalkan imej tersebut sebagai jenama dirinya dalam bidang hiburan.

Dalam pada itu, Roslan berkata, imej berkenaan sedikit sebanyak telah menghakis imej lelaki lembut yang sering dikaitkan dengannya sebelum ini.

Menurut Roslan, dia juga tidak kisah jika dikatakan cuba mencari publisiti murahan dengan menukar penampilannya itu kerana apa yang dilakukan adalah kehendak diri sendiri.

"Ada juga yang tidak suka kerana mendakwa saya cuba mencari publisiti murahan tapi kata-kata seperti itu tidak memberi kesan kerana apa yang saya lakukan adalah demi diri saya sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Roslan berkata dia berbangga apabila menjadi peserta lelaki yang paling berusia menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia dan menganggap program itu mencabar kebolehan fizikal dan mentalnya.

"Saya seorang yang takut kepada ketinggian dan saya telah buktikan dalam beberapa cabaran bahawa ketakutan itu dapat diatasi.

"Menyertai program tersebut bersama rakan-rakan artis lain telah memberikan pengalaman berbeza buat kami semua," katanya.

Roslan berpasangan dengan pelakon Azam Pitt disamping 30 peserta yang lain.

Ia bakal disiarkan pada 29 Disember ini pada setiap Sabtu pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain