suria

Kate Middleton Tolak Hadiah Kim Kardashian

Kate Middleton
Kate Middleton
Kate Middleton

SIAPA yang tidak suka jika menerima hadiah daripada selebriti bernama Kim Kardashian.

Bagaimanapun menurut laporan portal Digital Spy, Duchess of Cambridge, Kate Middleton telah menolak hadiah pemberian wanita berusia 32 tahun itu.

Kate telah mengembalikan salah satu koleksi pakaian terbaharu iaitu “Kardashian Kolection” (KK) kerana dianggap ia terlalu 'low-class' untuk Kate.

"Kate tidak mungkin menghadiri acara bersama Ratu dengan memakai gaun mini murahan bermotif kulit atau jaket yang berkilat-kilat," kata salah satu sumber.

Bagaimanapun, pihak Kim telah menyangkal khabar angin tersebut dan menegaskan bahawa keluarga Kardashian tidak pernah mengirimkan sebarang hadiah kepada Kate.

Sebelum ini, terdapat juga khabar angin bahawa Kim telah mengundang Kate untuk acara minum petang namun undangan tersebut ditolak.

Artikel Sebelum

Artikel Lain