suria

Justin Bieber Marahkan Paparazi Sehingga Berlaku Gangguan Trafik

Justin Bieber ketika menjulang trofi pada American Music Awards 2012, Ahad lalu (waktu tempatan).
Justin Bieber ketika menjulang trofi pada American Music Awards 2012, Ahad lalu (waktu tempatan).
Justin Bieber ketika menjulang trofi pada American Music Awards 2012, Ahad lalu (waktu tempatan).

PENYANYI sensasi Justin Bieber menimbulkan kekecohan sehingga terjadinya gangguan trafik di Los Angeles pada Sabtu lalu apabila dia bertindak memberhentikan kenderaannya untuk bersemuka dengan dua paparazi yang mengekorinya di beberapa laluan di bandar itu.

Menerusi rakaman video amatur yang tersebar, bintang berusia 18 tahun itu dilihat memberhentikan kereta Ferrari putih miliknya dan menurunkan cermin kereta sebelum bertindak memarahi kedua-dua paparazi berkenaan.

Penyanyi lagu Baby turut menyangkal dakwaan kononnya dia melarikan diri daripada jurugambar dengan memandu keretanya dalam keadaan laju.

“Saya rasa anda berdua perlu berhenti mengekori saya. Apa ibu bapa anda fikir mengenai anda? Adakah anda memberitahu mereka kerja anda adalah mengekori orang lain?” luahnya kepada paparazi berkenaan.

Bagaimanapun, Bieber terpaksa menamatkan perbualannya dengan paparazi itu selepas kereta yang berada di belakang membunyikan hon kerana dia bertindak menghalang laluan.

Sebelum berlalu pergi dia sempat berkata: “Anda suka keadaan begini bukan?”

Artikel Sebelum

Artikel Lain