suria

20 Kanak-Kanak Tampil Dalam Konsert Orkestra Permata Seni Muzik

Persembahan istimewa itu akan berlangusng pada 1 November ini di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru, Johor bermula 8.30 malam.

PETALING JAYA: Seramai 20 orang kanak-kanak berbakat dari seluruh Malaysia bakal berhimpun dalam satu persembahan istimewa dengan alat muzik iaitu Orkestra Permata Seni Muzik yang bertemakan 'See to Believe, Hear to Believe' yang dianjurkan oleh Istana Budaya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Budaya, kesemua kanak-kanak tersebut telah digilap dan dilatih oleh ahli-ahli muzik profesional digabungkan untuk bermain secara berkumpulan dalam bentuk orkestra.

Persembahan istimewa itu akan berlangusng pada 1 November ini di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru, Johor bermula 8.30 malam.

Masuk adalah percuma.

Persembahan itu nanti mereka bakal mempersembahkan 15 buah lagu dalam alunan muzik berbentuk orkestra yang terbahagi kepada empat segmen iaitu Western Classical Musical, Malay Pop Song dan Western Popular Music and Movie Theme.

Ia bakal dipimpin oleh konduktor Mustafa Fuzer Nawi.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah seperti Amadeus From Symphony No 25, Bila Aku Sudah Tiada, Cinta Muka Buku, Pokok, Poker Face dan Just Dance.

Menurut kenyataan itu lagi, persembahan itu turut menjadi satu cabaran buat kanak-kanak tersebut untuk menjadi lebih peka dan fokus kepada bunyi yang dialunkan dari alat muzik mereka sendiri.

Selain itu, ia juga untuk melatih mereka memberi fokus kepada pembacaan nota muzik, tempo dan mengikut arahan yang diberikan oleh konduktor yang memimpin orkestra pada malam itu.

Artikel Lain