suria

Shout Awards 2012: Yuna Ungguli Lima Pencalonan

Yuna
Yuna
Yuna

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna berjaya mengatasi artis lain apabila memperoleh lima pencalonan dalam anugerah Shout Awards 2012 yang akan diadakan pada 23 November depan di Surf Beach, Sunway Lagoon, dekat sini.

Ia akan berlangsung pada pukul 8.30 malam dan disiarkan menerusi saluran 8TV.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 26, dicalonkan bagi kategori anugerah Popstar, Power Vocal, Music Video dan Wired Celebrity.

Dia turut dicalonkan dalam kategori Fresh TV Series menerusi rancangan Yuna-Bintang Di Langit terbitan Astro Ria.

Menyusuli Yuna ialah penyanyi Najwa Mahiaddin dengan tiga pencalonan iaitu anugerah Popstar, Music video dan Breakout.

Dalam pada itu, Mizz Nina mendapat dua pencalonan bagi kategori Flava dan Music Video.

Selain itu, pelakon Nur Fazura, Lisa Surihani, Marion Rose Counter, Maya Karin, Nora Danish dan Scha Al Yahya dicalonkan bagi kategori Hot Chick.

Barisan calon untuk kategori Hot Guy pula ialah Aaron Aziz, Hans Isaac, Henry Golding, Remy Ishak, Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dicalonkan bagi kategori Popstar. Antara nama lain yang turut bertanding ialah kumpulan Bunkface, hujan, Estrange, Faizal Tahir, Aizat, Azlan the Typewriter, Black, Shila Amzah, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Maya Karin.

Bagi kategori Coolest Radio Announcer menyaksikan pertembungan di antara Faizal Ismail dan Fara Fauzana (Hot FM), Nabil Ahmad (Suria FM), serta barisan penyampai Fly FM iaitu Hafiz Hatim, Hunny Madu dan Phat Fabes.

Shout Awards 2012 turut menyaksikan muka-muka baru yang mewarnai pencalonan tahun ini seperti Diandra Arjunaidi, Go Gerila!, Kyoto Protocol, Massacre Conspiracy dan Oh! Chentaku.

Pengumuman pencalonan dilakukan oleh Julie Woon dan Adam Zain.

Ia diadakan di Vertigo, The Garde Midvalley, di sini, pada malam Jumaat.

Pemilihan pemenang menerusi anugerah ini dilakukan melalui undian yang boleh diikuti menerusi www.shoutawards.com.my.

Sementara itu, Pengurus Besar 8TV dan ntv7, Airin Zainul, berkata, Shout Awards 2012 turut membuka peluang kepada khalayak untuk melibatkan diri dalam bengkel khas iaitu 'Shout Movement!' yang akan berlangsung pada 11 November depan di Publika, Solaris Dutamas, dekat sini.

"Bengkel itu memberi peluang kepada golongan muda untuk mempelajari perkara baru berkaitan industri hiburan serta mempamerkan bakat-bakat kreatif masing-masing.

"Beberapa selebriti akan hadir untuk berkongsi pengalaman mereka.

"Selain itu kempen ‘RT ME!’ di laman sosial Twitter turut dilancarkan bersempena dengan ‘Shout Movement!’ untuk menggalakkan orang ramai terlibat dalam bengkel ini," katanya.

Berikut adalah senarai pencalonan Shout Awards 2012

Rockstar Award

1. Bunkface

2. Estranged

3. Faizal Tahir

4. Hujan

5. Love Me Butch

6. Monoloque

Popstar Award

1. Aizat Amdan

2. Datuk Siti nurhaliza

3. Hafiz

4. Jaclyn Victor

5. Najwa Mahiaddin

6. Yuna

Power Vocal Award

1. Azlan & The Typewrit

2. Black

3. Faizal Tahir

4. Jaclyn Victor

5. Shila Amzah

6. Yuna

Flava Award

1. Altimet, Joe Flizzow & Sonaone

2. Black & Malique

3. Malique & Jamal Abdillah

4. Malique & Rabbani

5. Mizz Nina

6. Zizan & Kaka

Music Video Award

1. Mizz NIna

2. Najwa Mahiaddin

3. One Buck Short

4. Shila Amzah

5. The Azenders

6. Yuna

Break Out Award

1. Diandra Arjunaidi

2. Go Gerila!

3. Kyoto Protocol

4. Massacre Conspiracy

5. Najwa Mahiaddin

6. Oh! Chentaku

Best On-Screen Chemistry Award

1. Awie, Johan & Usop Wilcha (Hantu Kak Limah Balik Rumah)

2. Zizan Razak & Aaron Aziz (KL Gengster)

3. Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie)

4. Aaron Aziz & Maya Karin (Ombak Rindu)

5. Josiah Hogan & Iedil Putra (Projek Pop)

6. Johan & Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

Fresh TV Series Awards

1. Betul Ke Bohong?

2. Friday I’m In Love

3. Projek Pop

4. Tentang Dhia

5. Versus

6. Yuna – Bintang Di Langit

Breakthrough Local Feature Award

1. Bunohan

2. Hantu Kak Limah Balik Rumah

3. Hikayat Merong Mahawangsa

4. Nur Kasih The Movie

5. Ombak Rindu

6. Songlap

Favourite TV Program Award

1. Anugerah Juara Lagu Ke-26

2. Karoot Komedia X (RAYA)

3. Maharaja Lawa Mega (FINAL)

4. Showdown 2012

5. Super Spontan

6. Versus – Konfrontasi Terakhir

Favourite TV Personality Award

1. Adibah Noor (Super Spontan)

2. Hafiz Hatim (Showdown 2012)

3. Henry Golding (Welcome To The Rail World)

4. Johan (Raja Lawak Musim 6)

5. Razif Hashim (Best In The World)

6. Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

Coolest Radio Announcer Award

1. Faizal Ismail (Hot FM AM Krew)

2. Fara Fauzana (Hot FM AM Krew)

3. Hafiz Hatim (Fly FM - Pagi Rock Krew)

4. Hunny Madu (Fly FM - Malaysia's Hottest Music)

5. Nabil Ahmad (Ceria Pagi Di Suria)

6. Phat Fabes (Fly FM - The Phat Fabes & Ben Show)

Favourite Radio Show Award

1. 33RPM

2. Dansa ERA Bersama Nazpoleon, G dan DJ Fuzz

3. Fly FM - Stripped

4. Fly FM - Pagi Rock Krew

5. Fly FM - The Phat Fabes & Ben Show

6. TOP 5 - Panggilan Hangit

Hot Chick Award

1. Nur Fazura

2. Lisa Surihani

3. Marion Rose Counter

4. Maya Karin

5. Nora Danish

6. Scha Al Yahya

Hot Guy Award

1. Aaron Aziz

2. Hans Isaac

3. Henry Golding

4. Remy Ishak

5. Shaheizy Sam

6. Zizan Razak

Wired Celebrity Award - (Selebriti aktif di Twitter)

1. AG COCO - @agcoco

2. ALTIMET - @altimet

3. CELEPETS - @DaphCLPT, @SazzyFalakCLPT, @YasminHaniCLPT, @AtiliaCLPT, @AishahJennifer, @dynasCLPT

4.FATIMAH ABU BAKAR - @fatibee

5. SOFIA JANE - @MemHanyut

6.YUNA - @yunamusic

Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube)

1. Faradyable

2. IniAnwarHadi

3. JinnyoyTV

4. Matluthfi90

5. Popteevee

6. The WKND

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain