suria

Jimmy Palikat Bimbang Gagal Atasi ‘Anak Kampung’

Jimmy Palikat
Jimmy Palikat
Jimmy Palikat

PUTRAJAYA: Penyanyi dan komposer lagu Anak Kampung iaitu Jimmy Palikat tidak akan patah semangat jika populariti yang dicetuskan lagu itu tidak berulang kepada karya-karyanya yang lain pada masa akan datang.

Jimmy, 34, berkata, sebagai pendatang baru di Semenanjung Malaysia, dia akan terus berkarya dengan lagu-lagu baru sekali pun ia tidak dapat mengulangi populariti lagu itu.

“Saya akui bimbang jika lagu-lagu baru saya pada masa akan datang tidak mampu mengatasi populariti Anak Kampung. Namun, saya tidak boleh bergantung kepada populariti lagu itu selama-lamanya.

“Untuk berkembang, saya wajar menghasilkan lagu-lagu baru walaupun saya belum tahu impak dan penerimaannya nanti,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Penyanyi dari Tambunan, Sabah ini berkata, fenomena lagu itu amat membanggakan sehingga dapat membuka jalan kepadanya untuk menembusi pasaran album di Semenanjung.

“Kalau diikutkan saya sudah berkarya sejak 2002 di Sabah tetapi sejak lagu itu semakin popular ia membawa perubahan besar kepada kerjaya saya.

“Kini saya semakin dikenali di Semenanjung sehingga saya menandatangani kontrak di bawah Nova Music bagi mengembangkan kerjaya,” katanya.

Mengenai perkembangan semasa, Jimmy berkata, dia kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Aku Datang KL sebagai pencetus kerjaya nyanyiannya di Semenanjung.

“Saya berharap lagu Aku Datang KL akan diterima ramai dan jika ia dapat mengulangi populariti Anak Kampung, saya akan lega,” katanya yang turut bergandingan dengan kumpulan One Nation Emcees dalam lagu Anak Kampung.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain