suria

Kim Kardashian Mahu iPhone 5 Sebagai Hadiah Hari Jadi

Kim Kardashian.
Kim Kardashian.
Kim Kardashian.

BINTANG realiti Kim Kardashian mendedahkan dia mengidam untuk menggunakan telefon pintar baru dan berharap akan ada orang yang menghadiahkannya iPhone 5 bersempena hari jadinya nanti.

"Saya teringin untuk memiliki iPhone 5 dan berharap akan dapat bersempena hari jadi saya nanti," katanya.

Kim bakal meraikan hari jadinya yang ke 32 tahun pada 21 oktober depan.

Dalam pada itu, Kim memberitahu, kekasihnya iaitu penyanyi rap Kanye West mempunyai citarasa tinggi dan yakin akan mendapat hadiah istimewa daripadanya.

"Masalahnya Kanye mempunyai citarasa tinggi dalam memberi hadiah dan saya tidak perlu memberitahu apa yang saya mahu," ujarnya.

Sementara itu, Kanye dilaporkan sedang merancang sebuah parti untuk Kim yang dilaporkan bernilai USD1 juta (RM3 juta).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain