suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ashanty Lancar Album Solo Selepas 4 Bulan Jadi Isteri Anang

Ashanty dan suaminya, Anang.
Ashanty dan suaminya, Anang.
Ashanty dan suaminya, Anang.

JAKARTA: Penyanyi Ashanty baru sahaja melancarkan lagu solo pertamanya berjudul Kesakitanku sejak berkahwin dengan penyanyi dan komposer Anang Hermansyah pada Mei lalu.

Namun, pada kemunculan kali ini Ashanty bergerak sebagai penyanyi solo tanpa ditemani suaminya di sisi.

“Saya tidak mahu bersaing dalam industri ini. Apa yang saya mahu adalah menjadi penyanyi dan terus menghasilkan lagu, tidak kiralah sama ada ia mendapat sambutan atau tidak.

“Kini ramai penyanyi yang bagus muncul tidak kira lelaki atau wanita dan mereka mempunyai kekuatan masing-masing,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal hiburan ketika ditemui di Gedung CTC, Kramat Raya, Jakarta Pusat di sini, Selasa malam.

Mengenai perjalanan karier nyanyiannya secara solo, Ashanty berkata, dia mahu berdikari tanpa dibayangi Anang dengan menghasilkan lagu sendiri.

“Anang sudah berpesan agar bidang muzik ini tidak dinyanyikan pekerjaan. Keluarga sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain