suria

Kematian Bapa, Iqram Minta Fouziah Gous Bersabar

Iqram Dinzly memberitahu sempat melawat Fouziah dan keluarganya selepas berita kematian bapa pelakon itu.
Iqram Dinzly memberitahu sempat melawat Fouziah dan keluarganya selepas berita kematian bapa pelakon itu.
Iqram Dinzly memberitahu sempat melawat Fouziah dan keluarganya selepas berita kematian bapa pelakon itu.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Iqram Dinzly menasihati Fouziah Gous supaya menerima dengan baik pemergian bapanya yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Iqram berkata, dia sempat berjumpa dengan Fouziah pada Ahad lalu selepas pulang daripada Singapura bagi memberikan kata-kata semangat kepada rakannya itu.

"Saya kata kepadanya banyak keberkatan seseorang itu meninggal dunia pada bulan Ramadan yang mulia. Bapanya antara insan istimewa yang terpilih.

"Dia masih bersedih kerana terkejut dengan berita tersebut," katanya kepada mStar Online.

Iqram ditemui selepas menghadiri Majlis Fitrah Ramadan bersama anak-anak yatim di sini Masjid Setiawangsa di sini pada Isnin.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Fouziah juga tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon.

Dalam pada itu, Iqram berkata, pada kunjungannya itu, dia sempat menghabiskan masa bersama keluarga Fouziah dengan berbuka puasa bersama-sama dan mengerjakan solat terawih.

Menurut Iqram, Fouziah akan berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin bersama dengan keluarganya selain menghormati pemergian bapa tersayang.

Terdahulu, bapa Fouziah iaitu Mohd Gous Ghulam, 76, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kira-kira pukul 10 pagi Sabtu lalu.

Fouziah dikatakan sempat bertemu bapanya sebelum keluar untuk ke lokasi penggambaran.

Dalam perkembangan lain, Iqram berkata, persediaan sambutan Syawal tahun ini dibuat secara sederhana dan hanya membeli barang keperluan sahaja.

Iqram memberitahu dia akan kembali ke kampung halaman iaitu Ipoh, Perak selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan rutinnya sebagai pelakon dan pengacara.

Artikel Berikut

Artikel Lain