suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KLIMF 2012 Ketengahkan Pemuzik Bebas Di Arus Perdana

Mohamed Juhari (belakang; tiga dari kiri dan Freddie (bekalang; empat dari kiri) bersama anggota pemuzik bebas.
Mohamed Juhari (belakang; tiga dari kiri dan Freddie (bekalang; empat dari kiri) bersama anggota pemuzik bebas.
Mohamed Juhari (belakang; tiga dari kiri dan Freddie (bekalang; empat dari kiri) bersama anggota pemuzik bebas.

KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menyifatkan penganjuran Festival Muzik Bebas KL 2012 (KLIMF) sebagai platform terbaik kepada penggiat muzik bebas di negara ini untuk lebih dikenali di pasaran arus perdana.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya terpanggil untuk menyediakan ruang kepada golongan penggiat ini kerana impak dan perkembangan sihat muzik itu kepada industri hiburan tanah air.

"Kalau diperhatikan trend industri muzik sudah berubah dengan kemunculan muzik bebas pada arus perdana.

"Justeru itu, Karyawan berasa perlu untuk memberikan ruang kepada pemuzik bebas kerana ia memberikan impak kepada industri dan peminat hari ini.

"Kita mahu tonjolkan lebih ramai penggiat muzik bebas ini pada acara-acara besar dan rasmi seperti KLIMF 2012 bagi merapatkan jurang antara muzik bebas dan arus perdana," katanya.

Freddie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media festival berkenaan di bilik Seri Nilam, Istana Budaya di sini, petang Khamis.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Budaya (IB) Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, pihaknya berbesar hati menyediakan lokasi buat pertama kali untuk acara muzik bebas yang mampu mendekati golongan muda.

"Sebenarnya saya tidak begitu mengenali muzik bebas. Pertama kali saya mengenalinya pun ketika kumpulan OAG dan Butterfingers mengadakan persembahan di IB beberapa tahun lalu.

"Saya boleh dikategorikan sebagai lambat mengenali muzik begini dan ia masih baru buat kami di sini. Namun, ia usaha yang baik, seiring dengan matlamat untuk 'meremajakan' IB di kalangan khalayak," katanya.

Festival tahunan yang julung kali dianjurkan pada kali ini adalah sebahagian daripada sub-acara Festival Muzik KL 2012 (KLMF). Ia akan berlangsung pada pukul 3 petang hingga 10.30 malam pada 8 Julai depan di Laman Santai, Istana Budaya dan masuk adalah percuma.

KLIMF 2012 dijangka disertai kira-kira 15 kumpulan bebas lama dan baru antaranya OAG, Subculture, Republic of Brickfields, Monoloque dan Tashya's Ink.

Selain persembahan pentas, ruang pamer pelbagai produk muzik dan jualan barangan dan cenderamata turut disediakan.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Pengarah Bahagian Pengembangan Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin dan wakil-wakil penggiat muzik bebas.

Untuk maklumat lanjut, layari portal muzik www.2crank.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain