suria

Jimmy Shanley Tawar Jaga Anak Bergilir-Gilir

Jimmy Shanley
Jimmy Shanley
Jimmy Shanley

SHAH ALAM: Mahkamah Syariah di sini Isnin, menetapkan perbicaraan hak penjagaan anak (hadanah) antara pengacara Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 28 Ogos ini selepas mereka gagal mencapai persetujuan bersama.

Memetik laporan Harian Metro, tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie Mawardi Che Man dan akan dimulakan dengan Jimmy (defendan), 32, memberi keterangan kerana mempertikaikan hak kelayakan isterinya dalam menuntut penjagaan anak mereka, Zahra Rania Shanley yang berusia 10 bulan.

Pada prosiding tersebut peguam Nursuhaila (plaintif), 26, Sa'adiah Din memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya telah menerima surat daripada Jimmy yang mencadangkan hak penjagaan anak dibahagi dua dalam seminggu iaitu Isnin, Selasa dan Rabu atau Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Surat cadangan Jimmy itu merupakan tawaran balas daripada tuntutan Nursuhaila pada 30 April lalu, yang mengemukakan tuntutan hadanah, menawarkan hak penjagaan diberi sama rata dengan cara bergilir-gilir setiap minggu.

Bagaimanapun, Nursuhaila tidak bersetuju dengan tawaran Jimmy dan dia memberikan tawaran balas pula iaitu Jimmy hanya boleh melawat dan bersama anak di rumah Nursuhaila.

Sementara itu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah, anak guamnya itu tidak bersetuju dengan tawaran Nursuhaila itu yang disifatkan sebagai tidak munasabah.

Jimmy hadir memakai kemeja kelabu, bersongkok dan berseluar hitam manakala Nursuhaila memakai baju kurung merah dan berselendang hitam.

Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dan mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas mereka bernikah.

Artikel Lain