suria

Wardina Tidak Fobia Kerana Panggilan Lucah

Wardina berharap lelaki yang menggangunya dengan panggilan lucah tidak akan mengulangi perbuatan buruknya itu.
Wardina berharap lelaki yang menggangunya dengan panggilan lucah tidak akan mengulangi perbuatan buruknya itu.
Wardina berharap lelaki yang menggangunya dengan panggilan lucah tidak akan mengulangi perbuatan buruknya itu.

PETALING JAYA: Personaliti televisyen terkenal, Wardina Saffiyah Fadhlullah memberitahu masih menunggu hasil siasatan terhadap laporan polis yang dibuat berhubung gangguan panggilan lucah menerusi telefon yang diterimanya Ahad lalu.

Wardina, 33, berkata, dia tidak terlalu terburu-buru untuk mengetahui mengenai kes berkenaan kerana apa yang lebih penting mesej di sebalik perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit telah disebarkan kepada masyarakat.

"Mungkin pada sesetengah pihak anggap perkara itu adalah remeh tetapi sebenarnya ia boleh menggagu dan mengakibatkan masalah lain kemudian hari.

"Sebab itu saya ingin tekankan bahawa perbuatan lelaki itu adalah salah dan berharap dia akan berhenti daripada melakukan perkara sedemikian bukan sahaja kepada saya tetapi orang lain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Wardina pada Ahad lalu telah membuat laporan polis kerana diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki yang mendakwa bernama Arif.

Lelaki berkenaan mendakwa dia adakah kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemu bual Wardina tetapi telah bertanya dengan soalan-soalan lucah.

Dalam pada itu, Wardina berkata, sehingga kini dia masih tidak mengetahui punca dan tujuan lelaki berkenaan berbuat demikian namun berharap individu terbabit menyesal dan tidak mengulanginya lagi.

Sementara itu, Wardina memberitahu, kejadian itu telah meninggalkan kesan kepadnya tetapi tidaklah sehingga membuatkan dia fobia untuk menjawab panggilan lain.

"Apa yang lebih penting saya dapat memberitahu kepada masyarakat bahawa perbuatan lelaki terbabit adalah salah. Soal fobia tidak timbul walaupun sedikit sebanyak ia telah meninggalkan kesan kepada saya," ujarnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain