Remy Ishak Tidak Bimbang Kecederaan Di Dahi - Hiburan | mStar

Remy Ishak Tidak Bimbang Kecederaan Di Dahi

Remy Ishak
Remy Ishak

PETALING JAYA: Aktor Remy Ishak berkata dia tidak berasa bimbang atau mengambil serius kecederaan di bahagian dahi yang dialaminya ketika penggambaran filem Bravo 5 pada malam Jumaat.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, ia bukan alasan untuk membatalkan komitmen kerja walaupun luka itu kelihatan dalam akibat tujahan senapang ketika babak kejar-mengejar yang dirakamkan di Tapah, Perak itu.

“Ramai yang kata luka pada dahi saya agak serius dan dalam tetapi saya tidak mahu ia menjadi alasan untuk tangguhkan penggambaran dan kerja lain.

"Saya tidak bimbang dan tiada apa yang serius. Selepas ia berlaku, kami berehat kira-kira 10 minit untuk menghentikan pendarahan dan hanya menampal dengan plaster sebelum menyambung penggambaran,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Bercerita mengenai kejadian itu, Remy berkata ia berlaku kerana kesilapan pengaturan masa (timing) ketika penggambaran babak yang membabitkannya dan Beto Kusyairy.

“Perkara sudah hendak jadi, saya tidak salahkan sesiapa pun. Kami pun tidak sangka ia berlaku kerana ketika sesi latihan, semuanya berjalan dengan lancar.

“Ia berlaku kerana kesilapan pengaturan masa di mana, muncung senapang Beto telah tercucuk ke arah dahi saya secara tidak sengaja,” hurainya.

Bagaimanapun, kata Remy, demi filem itu dia sanggup menggagahkan diri dan meneruskan penggambaran sehingga selesai.

“Saya tidak mahu batalkan penggambaran kerana ia akan membabitkan banyak pihak. Kebetulan pula, babak itu adalah yang terakhir untuk penggambaran bagi hari itu (Jumaat).

“Hanya selepas semuanya selesai kira-kira pada pukul 2 pagi, baru saya mendapatkan rawatan di hospital askar di sana tetapi masih tidak dapat melakukan jahitan kerana ketiadaan pakar,” katanya.

Ujar Remy, walaupun luka itu belum dijahit dia tetap menghadiri sebuah program konvoi bermotosikal pada pagi Sabtu dan hanya mendapatkan rawatan susulan pada sebelah petang.

“Saya terpaksa tangguhkan rawatan kerana temu janji dengan doktor hanya akan berlangsung pada sebelah petang (petang Sabtu).

"Malah, saya sempat menyertai program konvoi bersama Dira Abu Zahar & Red Garage pagi tadi. Saya akan ke hospital pakar di Kuala Lumpur pada petang ini untuk mendapatkan rawatan lengkap,” ceritanya.

Bravo 5 yang diarahkan Yeop Hitler itu berkisar mengenai perjuangan askar Melayu dalam menentang kemaraan Komunis.

Filem epik peperangan itu dijangka menamatkan penggambaran dalam masa terdekat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain