suria

Tikus Bermaharajalela Di Rumah Lily Allen

Lily Allen
Lily Allen
Lily Allen

LONDON: Penyanyi British Lily Allen sudah tidak mampu bertolak ansur dengan tikus-tikus yang bermaharajalela di dalam rumahnya.

Menurut laporan dailymail.co.uk, Allen yang tinggal bersama suami Sam Cooper di kawasan pedalaman di bahagian barat di sini, sudah mengenalpasti keburukan menetap di kawasan itu dan meluahkan kekecewaannya menerusi akaun Twitter.

Menerusi rangkaian kemas kini akaun tersebut, Allen menulis:

“Saya berkata kepada suami: “Sayang, boleh tak kita lakukan sesuatu pada tikus-tikus di atas siling rumah ini?” Suami: “Tiada apa yang dapat kita lakukan kerana kita tinggal di kawasan pedalaman yang merupakan habitat tikus-tikus itu, kenapa pula tikus-tikus itu tidak boleh tinggal di sini?”

“Saya: “Masalahnya, mereka tidak menyumbangkan apa-apa kepada pembayaran gadai janji rumah kita.” Bunyi bising dari atas siling itu seolah-olah datangnya daripada sesuatu yang lebih besar daripada tikus tetapi suami saya mengesahkan ia adalah bunyi tikus,” katanya.

Artikel Lain