suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perpisahan Kim Kardashian & Bekas Suami Semakin Hangat

Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kris Humpries.
Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kris Humpries.
Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kris Humpries.

PERPISAHAN bintang realiti iaitu Kim Kardashian dan suaminya Kris Humpries pada akhir tahun lalu telah menjadi salah satu berita mengejutkan industri hiburan di Hollywood.

Pasangan itu hanya sempat bersama selama 72 hari sahaja sebelum Kim mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya yang juga bintang bola keranjang.

Selepas beberapa bulan berpisah, pasangan itu kini sudah bersiap sedia untuk menghadapi proses selanjutnya iaitu penceraian.

Aceshowbiz melaporkan, Kim dilihat telah meninggalkan rumah peguamnya setelah tiga jam menghabiskan masa di situ dipercayai untuk berbincang mengenai prosedur penceraiannya.

Pertemuan itu berlangsung selepas beberapa hari peguamnya bertemu secara empat mata dengan Kris bagi mendapatkan penyelesaian mengenai tuntutan yang telah dibuat oleh Kris kepada Kim.

Beberapa hari lalu juga kecoh apabila Kris mempersoalkan mengenai sebuah kereta milik Kim jenis Ferrari yang dipercayai dihadiahkan oleh seorang hartawan daripada Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain