suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha

Scha (kanan) dan suaminya Awal selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, malam Jumaat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Scha (kanan) dan suaminya Awal selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, malam Jumaat. -  Foto oleh SHAARI CHE MAT
Scha (kanan) dan suaminya Awal selepas majlis pernikahan mereka di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, malam Jumaat. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, pada Jumaat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar gangguan kepada siaran langsung tersebut yang sepatutnya disiarkan selama setengah jam bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat).

“Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Katanya, pada awal siaran tiada sebarang gangguan berlaku ketika saluran itu menyiarkan siaran langsung persiapan majlis itu sepanjang hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Justeru, apabila terdapat gangguan yang merencatkan siaran langsung majlis pernikahan pada sebelah malam, ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

“Kami tidak menghadapi gangguan ketika menyiarkan cebisan persiapan sebelum majlis pernikahan itu berlangsung. Tidak sangka pula berlaku gangguan ketika majlis akad nikah hendak diadakan.

“Bagaimanapun, kami akan menyiarkan semula rakaman majlis itu pada pukul 8.30 malam ini (Sabtu) di Astro Ria dan mungkin juga akan siarkan ulangan program itu dari masa ke semasa sebagai tanda kekesalan kami terhadap apa yang berlaku,” katanya.

Raqim berkata, Astro Ria adalah saluran rasmi yang menyiarkan liputan menyeluruh majlis perkahwinan pasangan itu termasuklah majlis resepsi yang akan diadakan pada Ahad ini (esok).

“Seperti yang kami lakukan pada majlis perkahwinan Lisa dan Yusry sebelum ini, Astro Ria akan juga menyiarkan liputan menyeluruh majlis perkahwinan Scha dan Awal.

“Rakaman majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan pada esok (Ahad) akan disiarkan selama sejam bermula pukul 9 malam masing-masing pada 11 dan 18 Mei depan,” katanya.

Artikel Lain