suria

Super Spontan: Shahrul Tersingkir Minggu Keempat

Shahrol diusung keluar selepas diumumkan tersingkir pada program Super Spontan minggu keempat.
Shahrol diusung keluar selepas diumumkan tersingkir pada program Super Spontan minggu keempat.
Shahrol diusung keluar selepas diumumkan tersingkir pada program Super Spontan minggu keempat.

KUALA LUMPUR: Pertandingan minggu keempat Super Spontan menyaksikan penyingkiran Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol (Shiro) dari kumpulan Beruang Comel pada awal program yang berlangsung pada malam Jumaat.

Shahrol yang juga juara program Raja Lawak musim keenam disingkirkan oleh ahli kumpulannya menerusi undian selepas mereka tumpas kepada Angsa Ganas pada minggu lalu.

Dia ketika ditemui berkata, walaupun tersingkir dia tetap berbangga dapat menyertai program itu kerana dapat bergaul dan mengutip pengalaman daripada pelawak yang lebih senior daripadanya.

"Nak diikutkan saya baru sebulan lebih menjuarai Raja Lawak musim keenam dan telah diberi peluang bekerjasama dengan semua pelawak-pelawak senior yang jauh lebih berpengalaman.

"Penyingkiran ini bukanlah sesuatu yang perlu disedihkan kerana saya anggap ia sebagai permulaan sebagai pelawak," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, persaingan minggu keempat Super Spontan berpihak kepada kumpulan Beruang Comel apabila mereka memperoleh 52 peratus undian berbanding Angsa Ganas dengan 47 peratus.

Kemenangan tersebut sekaligus memaksa Angsa Ganas menyingkirkan salah seorang daripada ahli kumpulan mereka pada hujung program.

Aksi minggu keempat itu menyaksikan kedua-dua kumpulan mencabar kemampuan spontan mereka dalam lima pusingan permainan iaitu Freeze (Beku), Skrip Rabak, Keluar Masuk, Pemandu Pelancong dan Demontrasi.

Super Spontan diacarakan oleh Adibah Noor dan turut dimeriahkan oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sebagai pengulas.

Amir (Raja Lawak ) pula bertindak sebagai pembantu mereka untuk berinteraksi dengan peserta dan penonton.

Wang kemenangan pasukan Beruang Comel sebanyak RM5,000 itu disalurkan kepada Pertubuhan Anak-anak Yatim/Miskin Klang (Peryakin).

Proses pemarkahan berdasarkan 100 peratus undian penonton tetapi pemilihan pemenang mingguan dan penyingkiran berdasarkan kepada suara ahli kumpulan.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0G.

Super Spontan menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac lalu menerusi tiga saluran serentak iaitu

Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura, setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain