suria

John Travolta Sumbang Jet Peribadi Kepada Muzium

John Travolta dan isterinya, Kelly Preston.
John Travolta dan isterinya, Kelly Preston.
John Travolta dan isterinya, Kelly Preston.

SIAPA sahaja pasti akan berduka apabila mengenangkan kehilangan seseorang yang disayangi.

Begitu juga dengan aktor hebat John Travolta. Demi mengenangkan anak lelaki kesayangannya, Jett, yang telah meninggal dunia pada Januari 2009, dia menyumbangkan sebuah pesawat peribadi miliknya kepada sebuah muzium penerbangan.

Jett yang ketika itu berusia 16 tahun itu meninggal dunia akibat diserang sawan ketika mereka sekeluarga bercuti di Bahamas.

Menurut laporan Contactmusic, pesawat eksekutif G-2 Gulstream itu sudah pun diserahkan kepada Georgia Aviation Hall of Fame, Museum of Aviation dan ia bakal dipamerkan bermula pada April depan.

Mengimbas kembali kenangan lalu, kematian Jett benar-benar mengecewakan John yang sukar menerima pemergian anak sulung hasil perkahwinannya dengan aktres Kelly Preston.

Selepas lebih setahun pemergian Jett, Preston yang merupakan bintang Casino Jack dilaporkan melahirkan bayi yang diberi nama Benjamin pada November 2010.

Artikel Berikut

Artikel Lain