SUBANG JAYA: Pelakon Sharifah Shahira atau Shira merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011).
Shira tersenarai bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Penyampai TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.
Pengumuman senarai pendek lima finalis untuk 16 kategori yang dipertandingkan itu diumumkan selepas pencalonan awal dibuka selama sebulan kepada pembaca akhbar Berita Harian untuk memilih calon masing-masing.
Menurut Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar ABPBH2011 akan mempunyai pertambahan sebanyak lima kategori bersempena dengan sambutan Jubli Perak.
"Termasuk tahun ini, sudah 25 kali acara ini dianjurkan dengan memberi penghargaan kepada selebriti melalui undian pembaca.
"Justeru itu pihak kami akan memperkenalkan lima kategori khas iaitu Artis lelaki popular Online, Artis Wanita popular Online, Artis Asia Popular Online, Artis Lelaki Bergaya dan Artis Wanita Bergaya," katanya.
Sebelum anugerah yang akan di adakan di Genting Highlands, Pahang pada 8 April depan itu, siri jelajah ABPBH akan bermula pada 25 dan 26 Februari depan di SACC Mall Shah Alam, Berjaya Megamall, Kuantan (2 dan 3 Mac), Dataran Pahlawan, Melaka (10 dan 11 Mac) dan Village Mall, Kedah (16 dan 17 Mac).
Manakala untuk acara Karnival Mini ABPBH2011 pula akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 24 dan 25 Mac depan.
Berikut adalah senarai lima finalis untuk ABPBH2010:
Penyanyi Lelaki Popular
1) Aizat
2) Anuar Zain
3) Black Mentor
4) Faizal Tahir
5) Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
1) Alyah
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Sixth Sense
2) Bunkface
3) Fourteen
4) 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
5) Meet Uncle Hussain feat. Hazama
Artis Baru Lelaki Popular
1) Aeril Zafril
2) Awi Rafael
3) Beto Kusyairi
4) Hazama
5) Johan As’ari
Artis Baru Wanita Popular
1) Izara Aisyah
2) Najwa Latiff
3) Neelofa
4) Nur Fathia Latiff
5) Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita Popular
1) Diana Danielle
2) Eja
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin
Pelakon TV Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Fauzi Nawawi
4) Fizz Fairuz
5) Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular
1) Fasha Sandha
2) Nora Danish
3) Rozita Che Wan
4) Scha al Yahya
5) Tiz Zaqyah
Artis Komedi Lelaki Popular
1) Afdlin Shauki
2) Along Cham
3) Johan Raja Lawak
4) Nabil Raja Lawak
5) Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Kenchana Dewi
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Ally iskandar
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular
1) Cheryll Samad
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Nurul Syuhada
5) Raja Azura
Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Aznil Hj Nawawi
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Khairil Rashid
Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) Sharifah Shahira
Anugerah Seri Perak
1) Aishah (1990)
2) Zainal Abidin (1991)
3) Eman Manan (1992)
4) Datin Sofia jane (1993)
5) Datuk M.Nasir (1994)
6) Ziana Zain (1995)
7) Datuk Siti Nurhaliza (1996-2001,2004 & 2009)
8) Rosyam Nor (2002)
9) Saiful Apek (2004)
10) Mawi (2005,2006)
11) Nabil (2008)
12) Shaheizy Sam (2010)


