suria

Shaheizy Sam, Eja Harap Kemenangan Bukan Penghujung Kerjaya

Shaheizy Sam
Shaheizy Sam
Shaheizy Sam

PUTRAJAYA: Pemenang Pelakon Lelaki dan Perempuan Terbaik Festival Filem Malaysia 24 (FFM24), Shaheizy Sam dan Siti Shahreza atau Eja berharap kemenangan kali pertama itu bukanlah penutup kerjaya mereka, sebaliknya sebagai satu permulaan.

Kata Sam, anugerah tersebut adalah pembakar semangatnya untuk memberikan yang terbaik dalam bidang lakonan.

"Saya tidak menjangkakan kemennagan ini kerana senarai calon-calon adalah hebat, mungkin ini rezeki saya dan peminat-peminat saya.

"Bagi saya anugerah ini bukan penutup kerjaya saya tetapi adalah sebagai satu titik permulaan untuk saya membuktikan lebih baik lagi," katanya ketika ditemui selepas majlis Festival Filem Malaysia 24, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, Ahad.

Sam yang memenangi kategori tersebut menerusi filem Kongsi turut memberitahu masih banyak kekurangan untuk menjadi yang terbaik.

"Saya masih banyak kekurangan dan masih belum berpuas hati dengan apa yang saya capai sekarang.

"Saya masih merangka untuk melebarkan sayap ke bidang pengarahan dan penerbitan pula selepas ini," katanya.

Sementara itu, Eja yang memenangi kategori sama pada Anugerah Skrin 2011 lalu berkata berkat kerja kerasnya dalam industri selama ini akhirnya dapat membuka mata semua pihak.

"Saya ingin jadi seorang pelakon yang dapat meninggalkan kesan dan pengajaran di hati masyarakat dan bukan berlakon kerana hiburan semata-mata.

"Secara jujur memang saya memilih skrip untuk berlakon dan tidak mahu watak sama dan sinonim dengan perwatakkan saya," katanya.

Kata Eja, dia berterima kasih kepada beberapa pihak terutamanya produksi filem Janin yang memberi kepercayaan kepadanya.

"Penulis skrip Janin Wan Hasliza yang dapat memandang jauh kedalam diri saya dan percaya saya mampu membawa watak tersebut," tuturnya.

Artikel Sebelum

Zee Avi Pulang Ke Kuching

Artikel Berikut

Bicara matlamat hidup Sara Ali

Artikel Lain