suria

Dhani-Mulan Tak Tiru Duet Anang-Ashanty

PENYANYI Indonesia, Ahmad Dhani (gambar) menolak dia meniru pasangan duet Anang-Ashanty apabila memilih untuk berduet dengan penyanyi Mulan Jameela dalam album terbaru T.R.I.A.D.

Dhani berduet dengan Mulan menerusi salah sebuah lagu berjudul Terbakar dalam album tersebut.

"Kalau duet saya dengan Mulan, tidak akan seperti duet dengan Anang-Ashanty kerana duet itu tidak seronok apabila perlu menyanyi secara berkongsi.

"Duet ini hanya dalam album sahaja kan, bukan album duet," jelas Dhani, menurut portal detikhot, Jumaat.

Sebelum ini, lagu tersebut pernah dibawakan Dhani bersama penyanyi Indah Dewi Pertiwi.

"Lagu ini cukup menarik untuk dipersembahkan kerana lagu ini cukup untuk membuat saya bangga membawakannya.

"Karakternya juga sesuai dengan saya dan juga Mulan," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain