suria

Kematian Ahmad Jais Kehilangan Besar - Artis

Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Ahmad Jais, semalam. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH.
Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Ahmad Jais, semalam. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH.
Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Ahmad Jais, semalam. Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH.

SHAH ALAM: Kehilangan penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais, 75, yang meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru, Selasa, merupakan satu kehilangan besar terhadap industri hiburan negara.

Rakan-rakan artis dan teman rapat menyifatkan penyanyi popular era 60-an itu tiada galang ganti kerana keupayaannya menghiburkan orang ramai sehingga akhir hayat.

Rakan baik kepada Allahyarham, Datuk A Rahman Hassan menyifatkan Ahmad Jais sebagai legenda industri seni tempatan yang akan sentiasa diingati kerana kebolehannya mendendangkan pelbagai bentuk lagu.

Sempat menziarahi Allahyarham ketika dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di sini, A Rahman berkata dia tidak menyangka penyanyi itu akan pergi menghadap illahi.

"Ketika mula-mula saya melawat Allahyarham di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam dia kelihatan sihat walaupun agak letih kerana mengalami masalah asma.

"Ketika dipindahkan ke DEMC beberapa kali saya melawatnya dan selepas menyedarkannya daripada koma tidur beberapa hari sebelum arwah meninggal dia sempat memberikan respons seperti mengerakkan tangannya kepada saya," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi, Datuk Sharifah Aini memberitahu sedih dengan kehilangan arwah kerana menyifatkan Ahmad Jais sebagai abang kepadanya.

"Saya mengenalinya sejak tahun 1965 dan banyak kenangan bersamanya sama dan pemergiannya ini tidak disangka. Namun saya sempat melawat arwah ketika hayatnya walaupun ketika itu dia tidak sedarkan diri," ujarnya.

Selain itu, beberapa kenalan penyanyi itu seperti Datuk Aziz Satar, Datuk DJ Dave dan Datuk Andre Goh pula menyifatkan Allahyarham seorang yang cukup baik hati, mesra tetapi tegas semasa hayatnya.

Hajat Haziq tidak kesampaian

Dalam pada itu penyanyi Hazwan Haziq Rosebi atau Haziq, 23, terkilan apabila tidak sempat merakamkan dua lagu duet bersama penyanyi Datuk Ahmad Jais.

Ditemui ketika majlis pengebumian penyanyi popular era 60-an itu, Haziq memberitahu mengikut perancangan dia dan Allahyarham bakal memasuki studio rakaman bulan hadapan untuk album terbaru itu.

"Sudah tentu saya sedih dan terkilan dengan pemergian beliau kerana sepanjang mengenalinya, arwah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjadi penyanyi lagu-lagu asli yang baik,” ujarnya.

Haziq berkata, jika mengikut perancangan dia dan arwah akan berduet menerusi lagu popular arwah, “Budi Setahun Segunung Intan” dan sebuah lagi lagu yang belum ditentukan.

Katanya, perancangan itu telah dibuat sejak awal tahun ini namun tertangguh kerana beberapa masalah.

Bagaimanapun katanya, dia tetap akan merakamkan dua buah lagu penyanyi itu sebagai tanda penghormatan kepada arwah.

"Sebagai mengenang arwah yang telah banyak membantu saya sebelum ini saya tetap akan merakamkan dua buah lagu itu sebagai tanda penghormatan kepadanya," katanya.

Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Shah Alam, Selasa kira-kira pukul 9.30 pagi akibat komplikasi penyakit paru-paru.

Beliau meninggalkan lima orang anak dan 13 orang cucu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain