suria

Joel Juarai 'The Perfect Gentleman'

Joel berjaya memenangi tempat pertama sekaligus membawa pulang hadiah dan wang tunai berjumlah RM80,000. - Foto SHAARI CHE MAT
Joel berjaya memenangi tempat pertama sekaligus membawa pulang hadiah dan wang tunai berjumlah RM80,000. - Foto SHAARI CHE MAT
Joel berjaya memenangi tempat pertama sekaligus membawa pulang hadiah dan wang tunai berjumlah RM80,000. - Foto SHAARI CHE MAT

SHAH ALAM: Joel Sih Yong, 30, dinobatkan sebagai juara The Perfect Gentleman yang disiarkan secara langsung di ntv7 pukul 6 petang dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Pemuda berasal dari Klang ini telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan hadiah bernilai lebih daripada RM80,000.

Sementara John Lee Jun Yun, 19, berasal dari Sabah memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai dan hadiah berjumlah lebih RM50,000 manakala tempat ketiga disandang oleh Jake You, 24, yang turut menerima wang tunai dan hadiah sebanyak RM30,000.

Bagi dua anugerah istimewa iaitu gelaran Peserta Paling Fotogenik dimenangi oleh John Lee manakala Peserta Paling Popular dinobatkan kepada Chong Kong Jie, 21, dan masing-masing menerima wang tunai RM2,000 seorang.

Finalis lain yang turut menyertai pertandingan ini adalah Wilson Shyang Wen, 19, berasal dari Kuala Lumpur dan William Joey Lewis, 27, (Pulau Pinang).

Mereka diuji dalam bentuk pusingan pertunjukan bakat, peragaan pentas dan sesi soal jawab pada setiap segmen sebelum dipilih sebagai juara.

Kesemua mereka diadili oleh lima juri profesional yang pakar dalam bidang masing-masing.

Antara juri tersebut adalah pelakon Wanita Paling Popular, Golden Awards 2010, Debbie Goh, Pelakon dan pengacara terkenal Singapura, Mark Lee, pelakon dan hos berpengalaman, Jiang Pei Pei, pereka fesyen terkenal, Gillian Hung dan pengarang majalah, Jane Wong.

Penyanyi pujaan pop-Kanto dan pelakon wanita Hong Kong, Stephy Tang juga membuat penampilan khas pada program tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain