suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Robbie Williams Fobia Dengan Telefon

PENYANYI Robbie Williams (gambar) mengaku fobia dengan telefon bimbit dan sebab itu dia tidak memilikinya sejak tahun 2006.

Menurut rakannya dari Take That, Gary Barlow, Robbie mengaku dirinya tidak mempunyai daya tumpuan yang tinggi untuk berbual lama-lama menerusi telefon bimbit.

Oleh sebab itu, Robbie memilih untuk tidak membeli dan memiliki telefon bimbit untuk dirinya sendiri.

"Saya fobia dengan telefon kerana saya tidak boleh memberi tumpuan dengan telefon jika ada perkara lain yang berlaku di sekeliling saya.

"Saya tidak mempunyai telefon lain selain telefon di rumah. Jika sangat-sangat memerlukan telefon, saya akan meminjam dari orang-orang di sekeliling saya," katanya sambil tertawa.

Disebabkan perasaan fobia itu, rakan Robbie iaitu Gary Barlow sering dijadikan 'mangsa' untuk meminjamkan telefonnya. Maka, Gary meminta Robbie membayar kepadanya setelah menggunakan telefon miliknya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia