suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez, Steven Tyler & Randy Jackson Kekal Juri AI

SELEPAS kejayaan pertandingan realiti American Idol (AI) musim ke-10 tahun ini dengan penglibatan Jennifer Lopez, Steven Tyler dan Randy Jackson membuatkan mereka dikekalkan sebagai juri untuk musim seterusnya yang dijangka bermula tahun depan.

Berita itu disampaikan secara langsung oleh Penerbit Eksekutif program itu, Nigel Lythogoe yang tampil dalam rancangan radio kendalian Ryan Seacrest.

"Saya ingin berkongsi kegembiraan ini bahawa Jennifer, Steven dan Randy, yang begitu hebat ketika menjadi juri akan menyambung kontrak mereka pada tahun hadapan," kata Nigel.

Pada akaun Twitter milik Ryan yang juga merupakan pengacara American Idol, uji bakat rancangan itu akan dimulakan dalam jangka masa beberapa minggu lagi dan program tersebut akan disiarkan bermula Januari depan.

Difahamkan, dua juri baru, Jennifer dan Steven menerima bayaran yang lumayan daripada pihak penerbit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain