Neelofa Lupakan Hasrat Berehat, Terima Tawaran Mamat Khalid - Hiburan | mStar

Neelofa Lupakan Hasrat Berehat, Terima Tawaran Mamat Khalid

Neelofa
Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ( Neelofa) memberitahu dia terpaksa melupakan hasrat untuk berehat daripada aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan ini kerana bakal terlibat dengan penggambaran filem terbaru pengarah Mamat Khalid, Rentaz.

Kata gadis yang mesra disapa Lofa ini, walaupun pada awalnya agak keberatan untuk menerima tawaran sebagai heroin filem seram komedi itu, dia akhirnya bersetuju untuk menerima peluang tersebut selepas mendapatkan pandangan rakan-rakan dalam industri hiburan.

"Memang dari awal lagi ketika ditawarkan watak dalam filem ini saya agak keberatan untuk menerimanya. Bukan apa, seperti yang saya maklumkan dulu bahawa saya seorang yang penakut.

"Apatah lagi, saya sudah berniat untuk berehat sepanjang bulan puasa ini untuk menumpukan perhatian pada keluarga dan ibadat. Namun, selepas mengambil kira pendapat teman-teman industri, saya memutuskan untuk mengambil peluang keemasan ini.

"Tawaran ini adalah satu penghargaan yang besar ertinya bagi orang baru seperti saya," katanya kepada mStar Online, Ahad.

Kongsinya lagi, selepas mengesahkan pembabitannya dengan produksi filem berkenaan, dia mengakui semakin berdebar-debar dan takut untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

"Terus-terang, saya sangat takut dan bimbang pada waktu ini. Saya risau sama ada saya mampu mempersembahkan lakonan yang berkualiti atau sebaliknya.

"Apabila melibatkan filem-filem arahan Mamat Khalid, harapan penonton adalah tinggi dan saya bimbang jika tidak mampu menjayakannya sebaik yang mungkin," katanya sambil berharap peluang tersebut dapat melebarkan lagi karier seninya.

Dalam filem yang berkisar tentang perjalanan sekumpulan geng motosikal menuju ke Kuala Lumpur itu, Neelofa bakal bergandingan dengan aktor dan penyanyi Awie, Shahz Jaszle, Dazreen dan seorang lagi aktres baru.

Menurut pengarahnya Mamat Khalid, judul asal filem tersebut iaitu Highway to Hell terpaksa dipinda kepada Rentaz bagi mengelakkan sebarang pertikaian, kontroversi atau salah faham di kemudian hari.

Artikel Sebelum

Imej Semula Jadi Nadine

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Cabaran Luar Biasa Adrian Jalaludin

default image

Akhil Hayy Elak Isu Politik

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain