suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Victoria Beckham Selesa Tidur Dengan Anjing

PENYANYI dan ikon fesyen Hollywood, Victoria Beckham dikhabarkan tidak lagi tidur sebilik bersama suaminya, David Beckham dan telah berpindah ke bilik anjing peliharaan mereka, Scarlet.

Victoria yang kini sedang sarat hamil anak keempat itu berasa kurang selesa apabila bersama dengan David yang juga merupakan pemain bola sepak England itu.

"Dia sudah tidak tidur sebilik dengan David dan kini selesa bermalam bersama anak anjing barunya itu.

"Victoria merasakan dirinya seperti seekor ikan paus yang terdampar di atas katil," kata sumber kepada Daily Star

Bagaimanapun, David menganggap kelakuan isterinya itu agak lucu dan tidak pernah dibuat orang.

Malah, sejak David membawa pulang Scarlet,Victoria melayang anjing tersebut seperti anaknya sendiri.

"Nasib baiklah David seorang lelaki yang memahami lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini Victoria mudah tersinggung," kata sumber itu lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain