suria

Daniel Craig & Rachel Weisz Kahwin Sembunyi

Rachel Weisz (kiri) dan Daniel Craig berkahwin dalam majlis tertutup pada Rabu lalu di New York. - Foto REUTERS
Rachel Weisz (kiri) dan Daniel Craig berkahwin dalam majlis tertutup pada Rabu lalu di New York. - Foto REUTERS
Rachel Weisz (kiri) dan Daniel Craig berkahwin dalam majlis tertutup pada Rabu lalu di New York. - Foto REUTERS

HERO filem James Bond, Daniel Craig, 43, dilaporkan telah berkahwin dengan aktres Rachel Weisz, 41, dalam sebuah majlis tertutup yang disaksikan oleh empat tetamu di New York pada Rabu lalu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh wakil aktor berkenaan, Robin Baun daripada Slate PR.

Menurut laporan portal Dailymail.co.uk, perkahwinan pasangan tersebut hanya disaksikan oleh anak gadis Craig iaitu Ella,18, anak lelaki Weisz iaitu Henry, 4 dan rakan keluarga mereka.

Sumber yang dipetik News Of The World berkata: "Daniel dan Rachel berkeas mahukan sebuah majlis yang ringkas dan kecil saja.

"Mereka saling jatuh cinta dan sudah tidak sabar untuk bergelar pasangan suami isteri tetapi tidak mahu ia dihebohkan."

Pasangan berkenaan kali terakhir dilihat bersama pada Mac lalu di London ketika mereka sedang asyik membeli-belah di butik Louis Vuitton, Mayfair.

Mereka mula menjadi intim selepas berlakon sebagai pasangan suami isteri dalam filem The Dream House.

Walaupun pasangan ini pernah menafikan hubungan mereka ketika ia mula dihidu pada November tahun lalu, mereka akhirnya akur apabila dilihat berpimpin tangan ketika menyambut perayaan Hari Natal tahun lalu.

Sebelum ini, Weisz pernah berkahwin dengan pengarah filem Black Swan, Darren Aronovsky selama sembilan tahun manakala Craig pula pernah bertunang dengan kekasihnya Satsuki Mitchell selama lima tahun.

Craig mula dikenali ramai selepas menggalas watak James Bond pada tahun 2006 dan dijangka akan terlibat sekali lagi dalam francais ke-23 filem itu tidak lama lagi.

Weisz yang terkenal menerusi filem The Mummy dan About A Boy pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2006 menerusi filem The Constant Gardener.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain