suria

Kompilasi Unggul David Foster

Album: Hitman Returns David Foster & Friends Penyanyi: Variasi Artis Edaran: Warner Music Malaysia

Penyanyi: Variasi Artis

KEHADIRAN seorang pemuzik bernama David Foster pada tahun 1973 telah memberikan satu sinar dalam industri muzik Hollywood apabila dia melakarkan namanya menerusi penerbitan lagu sehingga karya-karyanya menjadi sebuah lagu hit.

Antara penyanyi yang pernah bekerjasama dengan Foster termasuklah Seal, Donna Summer, Martina McBride, Earth, Wind & Fire, Natalie Cole, Ruben Studdard, All-4-One, Chaka Khan, Jackie Evancho, Lara Fabian termasuklah penyanyi baru, Charice.

Dek kerana kejayaan yang telah dibina sepanjang empat dekad serta memenangi anugerah penerbit dan penulis lirik terbaik sebanyak 15 kali pada Anugerah Grammy, album kompilasi Hitman Returns David Foster & Friends pula diterbitkan.

Album ini mengandungi sekeping cakera padat (CD) dengan menampilkan sebanyak 11 buah lagu popular hasil ciptaan Foster seperti lagu Forever (Kenny Loggins), We’ve Got Tonight (Martina McBride), Pie Jesu (Jackie Evancho), Caruso (Lara Fabian), Home (Ruben Studdard), Through The Fire (Chaka Khan) dan Dream Weaver (Gary Wright).

Turut dimuatkan lagu medley seperti In The Stone dan September daripada Earth, Wind & Fire, I Can Love You Like That, I Swear (All-4-One) dan Unbreak My Heart,Crazy, On The Radio (Donna Summer dan Seal).

Selain itu cakera padat digital (DVD) juga dimuatkan pada album tersebut dengan menampilkan sebanyak 24 buah persembahan konsert seperti Kenny Loggins (Forever), Natalie Cole (This Will Be), Seal (Secret), Chaka Khan (I’m Every Women), Ne-Yo (Miss Independent), Ruben Studdard (Home), Charice (To Love You More) dan Lara Fabian/Micheal Bolton (The Prayer).

Jujurnya, pemilihan lagu yang dimuatkan dalam album ini menampilkan kesemua lagu yang pernah popular pada era 1990-an hinggalah ke tahun 2000.

Tambahan pula lagu-lagu tersebut tidak pernah mati ditelan zaman dan masih lagi didengar oleh sesiapa sahaja sehingga kini termasuklah golongan remaja.

Justeru itu, sejak album ini dipasarkan pada April lalu, ia mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik.

Album Hitman Returns David Foster & Friends kini boleh didapati di semua kedai muzik berhampiran dengan harga RM49.90 dan RM80.90 untuk versi Blue Ray.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain