suria

Maharaja Lawak: R2 Kembali, Man Tersingkir

Man
Man
Man

KUALA LUMPUR: Peserta Man atau nama sebenarnya Abd rahman Kasim, 33, terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak selepas diumumkan tersingkir oleh juri tetap Ahmad Idham pada minggu kelapan program tersebut, Jumaat.

Menurut Man, dia sudah menjangkakan penyingkiran akan berlaku pada dirinya kerana mengakui, persembahan lawaknya tidak sehebat peserta=peserta lain yang bertanding.

"Sebenarnya dari awal pertandingan lagi saya dah boleh agak siapa yang akan mara ke peringkat akhir.

"Lagipun saya sedar persembahan saya tidaklah sehebat mana, ditambah pula dengan ketiadaan masa yang secukuonya untuk berlatih kerana mempunyai komitmen penggambaran drama. Apa pun, saya bersyukur kerana berjaya sehingga ke tahap ini," katanya yang ditemui selesai pertandingan tersebut di Studio Finas, Ulu Kelang.

Pada malam pertandingan tersebut, Man telah mendapat markah terendah sebanyak 29 peratus (%) dan dua lagi peserta yang mendapat markah terendah ialah kumpulan Balas (43%) dan Nabil (49%).

Seperti minggu lalu, kumpulan Jambu mendapat markah tertinggi sebanyak 59%, diikuti dengan Jozan (57%), Sepah (52%) dan R2 (50%).

Pada malam itu, ramai yang terkejut dengan markah nabil yang tersenarai dalam tiga peserta terendah.

Bagaimanapun kata Ahmad Idham, markah tersebut tidak memberi kejutan terhadap pihak juri kerana melihatkan prestasi persembahan lawak nabil yang semakin menurun.

Bagi kumpulan R2, kemunculan semula selepas diundi masuk sebanyak 51,134 undian menerusi akaun Facebook Maharaja Lawak memberi perjuangan baru buat mereka yang tersingkir pada minggu ketiga sebelum ini.

Minggu hadapan, peserta ditugaskan untuk membuat persembahan bersama dengan pelawak profesional yang akan dipilih oleh pihak juri sendiri.

Selain Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Saiful Apek turut menjadi juri bagi progran tersebut.

Program Maharaja lawak disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna pada setiap Jumaat.

Artikel Lain