suria

Mawi Lancar Album Idolaku

Mawi melancarkan album Idola memuatkan 15 buah lagu foto NORAFIFI EHSAN
Mawi melancarkan album Idola memuatkan 15 buah lagu foto NORAFIFI EHSAN
Mawi melancarkan album Idola memuatkan 15 buah lagu foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Selepas album Allah Habeebi, penyanyi Asmawi Ani atau Mawi melancarkan album terbarunya berjudul Idolaku yang memuatkan 15 buah lagu.

Lebih istimewa 12 buah lagu tersebut dinyanyikan secara duet bersama penyanyi yang menjadi idolanya selama ini.

Menurut Mawi, dia berpuas hati dengan album tersebut biar pun mengambil masa yang agak panjang untuk proses pembikinannya.

“Proses mengumpul dan merakamkan lagu telah bermula sejak 2008 dan proses rakaman terakhir adalah duet bersama Mawi dan Zamani untuk lagu Tak Mungkin Berpaling yang selesai pada 2010.

“Banyak cabaran dan halangan semasa proses rakaman terutamanya dari segi masa artis artis yang terlibat.,” ujarnya.

Tambahnya, banyak pengalaman berharga dan kenangan manis yang saya kutip sepanjang berduet bersama sepuluh artis tersebut.

“Mereka merupakan idola-idola saya sebelum bergelar artis lagi. Saya rasa cukup bertuah kerana diberi peluang untuk bersama-sama mereka. Ia sedikit sebanyak dapat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mereka,” katanya.

Antara artis yang terlibat dalam album ini ialah M.Nasir, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Zamani, Yasin Sulaiman, Rabbani, Jay Jay, Jeffrydin, Ogy Ahmad Daud dan Aznil Nawawi.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang menumpang populariti artis-artis tersebut, Mawi memberitahu mereka mempunyai pengikut tersendiri.

“Memang kami saling tumpang menumpang populariti, saya percaya masing-masing ada pengikut sendiri. Mereka juga lama sudah tidak keluar dengan album terbaru.

“Jadi dalam keadaan sekarang tiada salahnya jika kita saling bekerjasama bagi menghidupkan kembali lagu-lagu tersebut,” jelasnya.

Seperti lazimnya, lagu-lagu dibawah Astro Entrtainment Sdn Bhd (AESB) pasti akan dilengkapi dengan muzik video.

Bagi klip video Tak Mungkin Ku Berpaling telah ditayangkan dis emua saluran Astro termasuk stesen televisyen lain.

Terkini AESB giat merencanakan persiapan penggambaran muzik video lagu-lagu duet yang lain di antara Mawi dan idolanya.

Dalam menghangatkan lagi promosi album ini, pihak pengurusan AESB telah menyiarkan rakaman Konsert Idolaku yang mula bersiaran pada 14 Disember lalu dan seterusnya selama tujuh minggu berturut turut, setiap Selasa di Astro Ria.

Album Idolaku telah berada di pasaran seluruh Malaysia bermula 15 Disember dengan harga RM26.90 untuk cakera padat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain