suria

Nai'zle, Ahli Perniagaan Jadi Penyanyi

Nai'zle mendendangkan lagu single keduanya berjudul Virus Cinta
Nai'zle mendendangkan lagu single keduanya berjudul Virus Cinta
Nai'zle mendendangkan lagu single keduanya berjudul Virus Cinta

PETALING JAYA: Penyanyi baru Nai’zle atau nama sebenarnya Aliff Naizal Azizul, 25, terpaksa korbankan usia mudanya untuk mengejar cita-citanya sebagai penyanyi dan ahli perniagaan.

Jejaka yang memiliki tiga syarikat sendiri ini tidak mahu zaman muda ini berlalu begitu sahaja tanpa melakukan perkara yang mendatangkan hasil.

“Saya ada tiga syarikat sendiri iaitu syarikat hiasan dalaman, Almada Interior Design, Syarikat kawalan keselamatan, ETA Network Sistem dan syarikat rakaman Sonic Velocity Sdn Bhd.

“Bagi saya tiada masalah untuk mengendalikan semua benda dalam satu masa jika kita tahu mengurusannya dengan betul. Saya mahu buat apa yang saya minat.

“Dari segi masa memang saya akui agak terhad kerana banyak yang perlu dilakukan dalam satu masa, tapi saya anggap ia sebagai satu cabaran,” ujarnya yang pernah popular dengan lagu Pendeta sehingga menjadi lagu tema drama Tari Tirana.

Dalam pada itu, Nai’zle memberitahu keluarga banyak memberi sokongan kepadanya untuk menguruskan kerjaya dan syarikat-syarikatnya.

“Alhamdulilah, keluarga banyak beri bantuan selain memberi galakan dan sokongan untuk menjadi seorang penyanyi.

“Kalau boleh saya tidak mahu mengecewakan mereka dan mahu membuktikan pada mereka bahawa saya boleh menjadi lebih baik dari mereka,” ujarnya.

Memiliki pendidikan di kolej dan universiti dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang, Nai’zle menganggap bidang nyanyian juga salah satu kerjaya yang diimpikan.

Dia yang pernah menuntut di Alfaz Music Shool, Indonesia ini mahu apa yang dipelajarinya di sana akan diadaptasi sepenuhnya dalam lagu-lagu ciptaannya.

Dia juga kini muncul mempertaruhkan single keduanya yang lebih mantap berjudul Virus Cinta ciptaan Omar Khan dan lirik oleh Nai’zle dan Zel Firdaus Haduan.

“Saya berpuas hati dengan lagu ini sebagai artis baru saya sedar ramai yang belum mengenali saya walau ada yang lebih mengenali lagu dar saya sendiri.

“Saya akan melipat gandakan usaha untuk lebih dikenali dan Insya-Allah tahun hadapan juga album penuh saya akan keluar yang turut memuatkan tiga lagu ciptaan saya sendiri,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain