suria

MACP Ringankan Beban Balu Loloq

Rustam menyampaikan anugrah Penulis Lirik Terbanyak kepada isteri Arwah Loloq, Hariah Yaacob di majlis malam mesra MACP 2010 di Crowne Plaza Mutiara Hotel Kuala Lumpur, 3 Disember lalu. - Foto UTUSAN

KUALA LUMPUR: Balu Loloq, Hariah Yaacob, 38, mengakui duit royalti yang diberikan oleh pihak Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) banyak meringankan bebannya untuk menanggung anak-anak dan dirinya.

Dia yang tidak bekerja setelah pemergian penulis lirik tersohor itu lebih tiga tahun lalu, berkata setakat ini segala keperluan dirinya sekeluarga masih cukup dengan berbekalkan duit yang diberikan oleh MACP.

“Saya menampung kehidupan anak-beranak dengan menggunakan pendapatan arwah suami sebagai penulis lirik selama ini,” katanya semasa majlis Malam Mesra MACP 2010 di Hotel Crown Plaza di sini, Jumaat.

Hariah mewakili Loloq ketika lelaki itu diumumkan sebagai pemenang anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak.

“Saya rasa gembira dan sebak kerana ini merupakan usahanya selama ini sebagai penulis lirik. Dia memang minat menulis dan mahu menjadi penulis. Selama saya mengenalinya, arwah memang memberikan komitmen kerja sepenuhnya.

“Arwah seorang yang bersemangat dan mungkin semangatnya lain daripada orang lain. Kadangkala apabila baring di katil pun, dia masih boleh membuat lirik dan dalam setengah jam sahaja boleh disiapkan. Selepas itu, dia akan meminta saya menjadi pengkritik,” ujarnya lagi.

Tambahnya: “Ada juga arwah meminta saya menulis lirik tetapi saya tiada bakat kerana hendak menulis lirik perlu mempunyai ilmu, lagipun arwah memang banyak membaca.”

Hariah akui kebanyakan lirik Loloq banyak meninggalkan kesan termasuk lagu Laila Namamu Teratas yang menjadi kegemarannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain