suria

Luna Maya Kembali Selesaikan Hutang

Gambar terbaru Luna Maya ketika mempromosi single terbarunya di stesen-stesen televisyen Indonesia Foto KapanLagi.com
Gambar terbaru Luna Maya ketika mempromosi single terbarunya di stesen-stesen televisyen Indonesia Foto KapanLagi.com
Gambar terbaru Luna Maya ketika mempromosi single terbarunya di stesen-stesen televisyen Indonesia Foto KapanLagi.com

ARTIS jelita yang sedang berhadapan dengan kes video lucah bersama vokalis Peterpan, Ariel, Luna Maya kini sudah bersedia untuk muncul semula di dunia hiburan setelah beberapa bulan menyembunyikan diri.

Luna kini muncul dengan single terbarunya berjudul Tak Bisa Bersamamu dan tampil untuk membuat promosi.

“Ini adalah permintaan dari pihak label saya. Saya ada kontrak dengan mereka dan masih berhutang dengan beberapa lagu. Mereka sudah keluarkan bajet untuk siapkan album penuh saya,” katanya seperti dipetik KapanLagi.com.

Bekas pengacara program hiburan popular Dahsyat itu sudah memulakan program promosinya dan mengunjungi setiap stesen televisyen di Indonesia.

“Setakat ini saya sudah buat promosi ke semua stesen televisyen dan bakal ke stesen radio pula selepas ini. Saya tidak kisah apa yang masyarakat anggap tentang saya. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan mahu menyelesaikan hutang-hutang saya sahaja,” katanya.

Ketika ditanya tentang kerja yang dilakukan ketika menghilangkan diri dari media, Luna berkata, dia mempunyai kerja yang terbengkalai dan menyiapkannya sedikit demi sedikit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Black Mahu Bertubuh Sasa

Artikel Lain