suria

Kami Sekadar Bergambar, Tiada Yang Luar Biasa Pun!- Zain Saidin

PETALING JAYA: Aktor Zain Saidin (gambar) menafikan wanita dalam gambar mesra yang tersebar di ruangan hiburan sebuah akhbar, pada Ahad merupakan aktres Rozita Che Wan.

Malah dia mengaku wanita yang dimaksudkan hanya kawannya. Tiada reaksi negatif yang dipamerkan, sebaliknya terdetik perasaan kelakar kepada pelakon drama Kiah Pekasam dan Duyong Aridinata itu apabila membaca artikel tersebut.

“Nampak seperti Rozita Che Wan ke? Bukan dialah. Kalau nak kata dengan Rozita, di Facebook saya banyak gambar kami berdua dan juga bersama-sama artis lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Zain turut menafikan dia memeluk wanita itu dalam gambar tersebut malah menganggap gambar itu cuma gambar biasa dan tiada apa-apa keistimewaan sebalik gambar yang dirakamkan.

Dia menjelaskan, wanita terbabit bukanlah kekasihnya. Tambah Zain, tidak bermakna dia menukarkan gambar mereka berdua kepada gambarnya seorang di status BlackBerry Massenger (BBM) miliknya kerana telah ‘terkantoi’.

“Gambar itu biasa sahaja dan kami tidak berpelukan seperti didakwa. Saya dan wanita dalam gambar itu hanya berkawan.

“Saya tergelak apabila melihat gambar itu. Saya tak suka gambar tu sebab saya nampak kelakar dalam gambaer tu. Jadi, sebab itu saya tukar gambar saya seorang diri semula.

“Kami sekadar bergambar, bukan ada yang luar biasa pun. Tapi seperti yang saya cakap tadi, saya cuma tergelak sebab gambar tu nampak kelakar. Saya tak sangka gambar ni yang dipilih,” ujarnya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain