suria

Sambutan Luar Biasa Uji Bakat "Kamilah Bintang"

Para peserta yang menghadiri uji bakat Kamilah Bintang.
Para peserta yang menghadiri uji bakat Kamilah Bintang.
Para peserta yang menghadiri uji bakat Kamilah Bintang.

PETALING JAYA: Keinginan untuk menjadi penghibur muda membuatkan kira-kira 1,600 peseta yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 14 tahun menyertai uji bakat Kamilah Bintang.

Pencarian untuk sebuah program hiburan di Astro Ceria itu telah diadakan sebelum ini di Kuantan, Johor Baru dan berakhir di Shah Alam, Selangor minggu lalu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh berkata, sambutan yang diberikan oleh golongan berkenaan untuk program yang pertama kali diadakan itu amat memberangsangkan dan ia benar-benar di luar jangkaan apatah lagi ia dihadiri oleh pelbagai keturunan,” katanya.

Katanya, kebanyakan peserta melakukan persiapan yang cukup baik termasuklah dari segi pemilihan lagu dan penampilan diri. Ia membuktikan mereka begitu serius untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Rancangan Kamilah Bintang merupakan program pencarian bakat sewaktu musim cuti sekolah yang akan menyaksikan lima peserta bersaing sepanjang enam minggu.

Peserta yang mengumpulkan markah tertinggi akan dipilih sebagai juara pada peringkat akhir. Sepanjang tempoh itu, mereka akan dibimbing oleh barisan artis profesional yang mempunyai nama besar dalam industri seni Malaysia.

Dalam uji bakat yang diadakan minggu lalu itu, artis-artis hebat seperti Mawi, Shahir AF8, Bungkface dan Kumpulan Hujan turut hadir untuk membuat persembahan istimewa.

Kamilah Bintang akan mula bersiaran di Astro Ceria (saluran 611) pada 12 November ini, setiap Jumaat, pukul 9.00 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Lain