Farahdhiya Jauh Hati Dengan Zizie Izette? - Hiburan | mStar

Farahdhiya Jauh Hati Dengan Zizie Izette?

PETALING JAYA:Pelakon jelita, Farahdhiya (gambar) mengakui sudah lama tidak berhubung dengan rakan baiknya Zizie Izette sejak pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar.

Menurut Farahdhiya, dia tidak tahu di mana silapnya sehingga persahabatan baik mereka tiba-tiba renggang sehingga tiada tanpa sebarang khabar berita.

"Kami memang kawan rapat, masa awal-awal pembabitan saya dalam dunia lakonan dia orang pertama yang beri sokongan. Watak-watak yang sukar saya bawa, saya akan rujuk dan minta pendapatnya terlebih dahulu.

"Tapi sejak kebelakangan ini selepas dia berkahwin kami seperti terputus hubungan. Saya sendiri tidak tahu apakah silapnya sehingga hubungan kami tidak seperti dahulu. Kami tidak pernah bergaduh atau berselisihan faham," katanya.

Jelas Farah, kali terakhir dia berhubung dengan isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu pada majlis rumah terbuka yang dianjurkan pasangan suami isteri tersebut pada 25 September lalu.

"Lama kami tidak berhubung, tapi semasa majlis rumah terbuka mereka itu dia ada mengirim Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) menjemput saya hadir. saya tidak pergi sebab ketika itu saya sudah ada program lain," jelasnya.

Farah akui sebagai seorang sahabat baik, dia begitu merindui persahabatan mereka, namun dia faham tanggungjawab Zizie kini lebih tertumpu kepada keluarga yang baru dibinanya.

"Jauh di sudut hati saya memang saya rindukan dia. Tapi saya faham dia mempunyai tanggungjawab dan komitmen terhadap keluarganya," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungannya dengan pelakon Norish Karman yang sebelum ini dikatakan dingin kerana kontroversi mengenai gosip percintaan pelakon wanita itu dengan abangnya Mohamed Luqman berkata, dia tiada masalah mengenai perkara itu.

"Saya tidak ada masalah dengan Norish, saya tahu dia berkawan dengan abang saya. Itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak masuk campur.

"Memang dahulu kami ada perselisihan faham tapi bukan disebabkan saya tidak senang dia berkawan dengan abang saya. Tapi sekarang kami sudah berbaik dan sering ke majlis-majlis hiburan bersama," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain