suria

Angelina Jolie Jadi 'Cleopatra'?

Angelina Jolie
Angelina Jolie
Angelina Jolie

PELAKON Angelina Jolie dilaporkan bakal menggalas watak utama sebagai Cleopatra dalam versi filem terbitan semula itu. Filem tersebut akan diarahkan oleh pengarah James Cameron.

Menurut laporan, aktres berusia 35 tahun itu bagaimanapun bimbang untuk membawa watak yang pernah dilakonkan oleh bintang lagenda Elizabeth Taylor dalam filem asal yang diterbitkan pada tahun 1963 itu.

Bagaimanapun, laman web Deadline.com melaporkan, Cameron, 56, dan Sony Pictures Entertainment semakin pasti untuk menyunting Jolie dalam filem yang akan dihasilkan dalam format 3D itu.

Filem adaptasi daripada novelis Stacy Schiff yang berjudul Cleopatra: A Life itu bakal memaparkan kronologi hidup Cleopatra termasuk percintaannya dengan Julius Caesar, hubungan sulit yang terjalin bersama Mark Antony dan saat-saat kematiannya.

Sebagai penulis, Schiff yakin bahawa Jolie adalah pilihan yang sesuai untuk membawa watak Cleopatra berdasarkan kepada kecantikan fizikal yang dimiliki oleh aktres itu.

"Saya rasa dia (Jolie) adalah pilihan terbaik untuk watak itu dan berkemungkinan dia bakal menjulang anugerah Oscar pada masa akan datang," katanya yang dipetik daripada laporan di USA Today.

Selain Jolie, Schiff juga berharap kekasih aktres itu, Brad Pitt turut terpilih untuk menjayakan watak Mark Antony, sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini, di mana Taylor berlakon di samping kekasihnya pada waktu itu, Richard Burton sebagai pasangan kekasih dalam filem terbitan 1963 itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain