suria

3.2 Juta Penonton Saksikan Perkahwinan Sheikh Muszaphar

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu.

SIARAN eksklusif majlis persandingan dan resepsi Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu di TV3 berjaya meraih rating 3.2 juta.

Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan acara gilang-gemilang di kaca televisyen itu dan meraikan detik bersejarah pasangan tersebut.

Paparan ekslusif bemula pada hari yang sama, pukul 2 petang hingga 3 petang menerusi program Nona yang dihoskan oleh Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan.

Hampir 1.6 juta penonton mengikuti laporan terkini Fiza yang turut berada di sekitar majlis pernikahan.

Sebaik selepas berakhirnya siaran berita Buletin Utama, persandingan kedua mempelai pada pukul 9 malam dibawakan khas dari Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) menampilkan gandingan serasi, Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai pengantara.

Bermula daripada susunan aturcara majlis yang diterajui oleh Datuk Mahadzir Lokman, laporan eksklusif turut menyiarkan ketibaan pengantin di dewan yang dihiasi indah berkonsepkan ‘istana kayangan’ dan diiringi oleh paluan kompang, gurindam, bunyian orkestra serta selawat dan marhaban ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan berkata, TV3 sentiasa peka terhadap kehendak penonton dan sentiasa memberikan hanya yang terbaik kepada mereka.

“Kami amat teruja dengan kejayaan catatan rating tinggi untuk program khas tersebut. Kami sudah menjangkakan jumlah penonton akan meningkat kerana majlis ini memang amat dinantikan oleh penonton setia TV3.

“Populariti Dr. Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan pertama negara secara tidak langsung menjadikannya sebagai ‘wedding of the year’.

"Saya bagi pihak TV3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton semua kerana terus setia bersama TV3!,” kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain