suria

Russel & Katty Berteka-Teki Lokasi Majlis Nikah

PASANGAN Russell Brand dan Katy Pery bakal melangsungkan perkahwinan mereka di India pada bulan ini.

Kedua-dua mereka dilaporkan sedang menguruskan soal pengangkutan untuk teman-teman rapat dan keluarga mereka seramai 85 orang ke India. Lokasi sebenar majlis itu masih dirahsiakan.

Menurut sumber, walaupun majlis perkahwinan mereka itu mempunyai tema di mana semua tetamu dikehendaki memakai warna yang sama, sehingga kini, para tetamu masih lagi tidak dimaklumkan mengenai kod warna pakaian yang diperlukan.

"Sehingga kini, Russell sentiasa bergurau setiap kali ditanya mengenai lokasi perkahwinan mereka.

"Dia berbuat demikian agar majlis perkahwinan mereka diadakan secara privasi tanpa gangguan orang luar.

"Setiap kali ditanya, dia akan berkata yang mereka akan berkahwin di Mesir, kemudian, dia kata di India, dan tak lama selepas itu dia kata akan berkahwin di kawasan Artik.

"Dia sengaja membuat kenyataan yang berbeza agar orang keliru mengenai lokasi sebenar majlis mereka itu," kata sumber tersebut kepada Malefirst.

Russel telah melamar Katty di Hotel Taj Rambagh Palace, Jaipur, India pada 31 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Russel juga pernah mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah. Bagaimanapun, Katy telah membantunya untuk berhenti dan meninggalkan tabiat buruknya itu.

Artikel Sebelum

Yalal Chin Selamat Dikebumikan

Artikel Berikut

Artikel Lain